90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

KANGAR – Seramai 90 ketua cawangan Bersatu Bahagian Kangar bersama sebahagian besar kepimpinan bahagian itu mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Pengunduran itu turut membabitkan Naib Ketua Bersatu Bahagian Kangar, Mohammad Faisol Abd Rahman, selain sebahagian besar Ahli Jawatankuasa (AJK), jawatankuasa Armada, Srikandi dan Srikandi Muda.

Serentak dengan keputusan tersebut, kesemua mereka mengumumkan menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan) yang dipimpin Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak melibatkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kangar serta mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di negeri ini.

Mohammad Faisol berkata, keputusan meninggalkan Bersatu dibuat selepas pertimbangan mendalam dengan mengambil kira perkembangan semasa dan pandangan akar umbi.

Katanya, keputusan itu bukan dibuat secara terburu-buru selepas mereka sekian lama bersama membangunkan Bersatu di peringkat akar umbi.

“Setelah sekian lama bersama-sama membangunkan parti di peringkat akar umbi, kami merasakan bahawa kepercayaan terhadap kepimpinan parti telah hilang.

“Kami melihat terdapat perkara berkaitan hala tuju, pengurusan organisasi dan pendekatan kepimpinan yang tidak lagi selari dengan harapan serta aspirasi kami sebagai pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan,” katanya dalam sidang media di sini malam tadi.

Menurutnya, keputusan menyertai Wawasan pula dibuat selepas mengambil kira hala tuju, kepimpinan serta pendekatan parti berkenaan yang dianggap lebih dekat dengan aspirasi akar umbi.

Katanya, pengunduran daripada Bersatu dilakukan secara bermaruah tanpa bertujuan mencetuskan permusuhan dengan mana-mana pihak.

“Selepas ini, fokus kami adalah untuk terus turun ke akar umbi, mendengar suara rakyat dan bekerja untuk kepentingan masyarakat,” katanya.

Perkembangan terbaharu itu berlaku sehari selepas kepimpinan Bersatu Bahagian Padang Besar turut berdepan pengunduran besar-besaran.

Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Padang Besar, Ramzi Md Udi bersama sebahagian besar AJK serta 14 daripada 24 ketua cawangan bahagian berkenaan mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Turut meninggalkan Bersatu ialah Naib Ketua Bahagian Padang Besar, Ramli Aripin; pemangku Ketua Srikandi, Fazuwin Razak; Ketua Srikandi Muda, Nurul Hafiza Ramli serta dua AJK, Zulkefli Hassan dan Nazri Khamis.

Related Posts

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

LATAR pendidikan undang-undang, pengalaman kepimpinan mahasiswa dan pencapaian dalam pertandingan pidato antarabangsa menjadi kelebihan calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

CALON muda yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin perlu diberi ruang untuk membuktikan kemampuan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA