Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

TELUPID – Empat individu maut selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori Isuzu di hadapan Kedai Makan Rosalinda, Kampung (Kg) Gambaron, di sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, PPgB Nurazlan Shah Jamaluddin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.28 pagi itu, kesemua mangsa yang berada dalam kereta berkenaan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“BBP Beluran menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.28 pagi sebelum tujuh anggota bersama-sama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan Bomba tiba di lokasi pada pukul 9.33 pagi selepas menempuh jarak kira-kira 93 kilometer (km).

“Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu lori Isuzu dan Proton Saga BLM yang bertembung dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Menurutnya, empat mangsa dalam Proton Saga berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba, PDRM dan APM sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Maklumat mengenai identiti kesemua mangsa belum diperoleh.

“Kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, pemandu lori mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan awal daripada pasukan KKM sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Telupid untuk rawatan lanjut.

Operasi yang turut disertai PDRM, APM dan KKM itu tamat sepenuhnya pada pukul 9.58 pagi selepas pihak bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Related Posts

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mendakwa beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi yang tular baru-baru ini dalam keadaan terpaksa. Beliau berkata, laporan polis telah dibuat kira-kira jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter

KUCHING – Kerajaan Sarawak bersetuju untuk menyalurkan sumbangan kewangan sebanyak RM100,000 kepada keluarga petugas yang terkorban dalam insiden nahas helikopter berhampiran Long Lellang pada Selasa. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana