Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata, pihaknya berjaya menghubungi salah seorang malim gunung yang bersama kumpulan berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.

“Sudah dapat berhubung dengan malim gunung, semua selamat. Semua pendaki selamat dan kita akan buat proses penyelamatan,” katanya kepada media pada Isnin.

Menurutnya, kesemua mereka masih mampu bergerak, namun perjalanan keluar dari lokasi mengambil masa berikutan seorang daripada kumpulan berkenaan dipercayai mengalami kecederaan yang belum diketahui tahapnya.

“Mereka boleh bergerak tetapi perlahan. Pasukan penyelamat akan menyusul trek pendakian di mana kumpulan itu berada untuk membawa mereka keluar.

“Pasukan penyelamat akan naik hari ini juga,” katanya.

Abdul Samad berkata, operasi menyelamat turut dirancang menggunakan helikopter bagi membawa pasukan penyelamat ke salah satu kem sebelum mereka meneruskan perjalanan melalui trek ke lokasi keenam-enam mangsa.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dipergiat selepas keenam-enam peserta gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar pada 3 September lalu.

Kumpulan berkenaan memulakan ekspedisi merentasi tiga puncak gunung iaitu Gunung Gerah, Gunung Bilah dan Gunung Bieh (Trans GBB) pada 29 Ogos lalu.

Enam peserta terbabit terdiri daripada dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, serta empat sekeluarga iaitu Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, dan dua anak mereka, Diya Raisha, 13, serta Ahmad Raef, 9.

Foto : Orang Awam

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar