Kerajaan utamakan banteras rasuah, salah guna kuasa sebelum PRU16 – PMX

AMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan keutamaan Kerajaan Persekutuan ketika ini adalah memastikan pentadbiran negara berjalan dengan baik serta membanteras rasuah dan salah guna kuasa, meskipun terdapat cadangan supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, soal pembubaran Dewan Rakyat adalah prerogatif Perdana Menteri dan perkara itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim apabila tiba masanya.

Beliau berkata, kerajaan ketika ini berada dalam keadaan stabil dan tumpuan sewajarnya diberikan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Bagi saya fokus ini yang penting. Tambahan, kerajaan ketika ini masih stabil. Jadi, kita tumpu yang ini terlebih dahulu.

“Jangan gusar, orang yang amanah dan bersih, tidak harus takut dengan langkah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kita tak boleh terus biarkan keadaan sekarang.

“Saya tahu kerana saya pun ada hadapi beberapa tekanan dan cadangan, tetapi saya ambil keputusan seperti disampaikan pada mesyuarat Jemaah Menteri, kelmarin, iaitu kita dapat mandat mentadbir, urus dengan baik, bersihkan negara daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menunaikan solat Jumaat dan solat sunat jenazah di Masjid Bukit Indah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mencadangkan PRU16 diadakan lebih awal sebelum Dewan Rakyat terbubar sendiri pada Februari 2028.

Cadangan berkenaan turut mendapat sokongan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Mengulas perkara itu, Anwar berkata, keputusan mengenai pembubaran Parlimen akan dibuat berdasarkan pertimbangan yang sewajarnya dan tidak menjejaskan tumpuan kerajaan terhadap agenda pentadbiran.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, usaha kerajaan memastikan agensi penguat kuasa menjalankan tugas secara adil dan berhemah mendapat sokongan semua anggota Jemaah Menteri.

“Kita mahu agensi berjalan dengan berhemah dan adil. Bukan bermaksud tekan sesiapa, seperti tohmahan yang dilemparkan. Tak ada bukti (salah laku), lepaskan,” katanya.

Related Posts

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

UMNO perlu berani membersihkan namanya daripada sebarang persoalan yang timbul susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji sekiranya benar-benar mahu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

KUCHING – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memutuskan penutupan sementara melibatkan 563 sekolah rendah dan 84 sekolah menengah dari 7 hingga 11 September berikutan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Agong isytihar darurat di Serian, Sarawak susulan jerebu

Agong isytihar darurat di Serian, Sarawak susulan jerebu

Baju oren SPRM tidak lagi perlu untuk prosiding reman – PM

Baju oren SPRM tidak lagi perlu untuk prosiding reman – PM