Kuasa umum darurat jerebu di Serian hanya boleh dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan

SERIAN – Keadaan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian yang mencecah skala sangat berbahaya iaitu 521 setakat 2 petang.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pengisytiharan darurat hanya dapat dilakukan oleh kerajaan Persekutuan, bukan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat kerana ia tertakluk kepada kuasa kerajaan Persekutuan,”ujarnya

“Sektor awam, swasta dan perkhidmatan penting terus beroperasi, namun orang awam dinasihatkan supaya kekal berada di dalam bangunan,” katanya.

Dalam pada itu, Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan diteruskan pada 6 dan 7 September bagi mengurangkan impak jerebu serta meningkatkan kapasiti takungan di kawasan empangan air utama.

Bagi menjamin ketersediaan utiliti, agensi seperti JKM dan JBALB giat menyelaras logistik dengan sasaran penghantaran bekalan air dalam tempoh 12 jam selepas permohonan diterima.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan lanjut termasuk pengisytiharan darurat bencana susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 500 di Serian akan dibincangkan dengan kerajaan Sarawak.

Beliau juga turut berkata, langkah keselamatan sewajarnya akan diambil termasuk menghentikan operasi pejabat dan sekolah kecuali agensi kritikal, jika darurat diisytiharkan susulan bacaan IPU yang semakin buruk.

Related Posts

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

MIRI – Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci berhubung peningkatan mendadak bil elektrik pengguna di kawasan sekitarnya pada Jumaat. Beliau juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baju oren SPRM tidak lagi perlu untuk prosiding reman – PM

AMPANG – Individu yang ditahan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu lagi memakai baju tahanan berwarna oren ketika dibawa ke mahkamah untuk prosiding reman. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Agong isytihar darurat di Serian, Sarawak susulan jerebu

Agong isytihar darurat di Serian, Sarawak susulan jerebu

Baju oren SPRM tidak lagi perlu untuk prosiding reman – PM

Baju oren SPRM tidak lagi perlu untuk prosiding reman – PM

KKDW, MoF perlu cari jalan rundingan – PM

KKDW, MoF perlu cari jalan rundingan – PM

IPU Serian cecah 521, Kerajaan Persekutuan, Sarawak bincang langkah tangani jerebu

IPU Serian cecah 521, Kerajaan Persekutuan, Sarawak bincang langkah tangani jerebu

Kerajaan mahu kawal selia pelaburan TH diperketatkan, elak salah guna kuasa

Kerajaan mahu kawal selia pelaburan TH diperketatkan, elak salah guna kuasa