Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

BANGI – Bank Negara Malaysia (BNM) pernah memberi teguran kepada Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung amalan pengurusan kewangannya sejak 2014.

Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata, bagaimanapun teguran tersebut didakwa tidak diambil serius sehingga membawa kepada kemelut yang memerlukan pembaharuan besar pada 2018.

“BNM sebenarnya memberikan teguran kepada TH atas dasar itu kerana melihat mungkin terdapat risiko jika TH meneruskan lagi praktis-praktis yang dilakukan sejak 2014.

“Surat-surat peringatan dikeluarkan supaya TH membuat perubahan atau pembetulan, tetapi malangnya ia masih diteruskan sehingga 2017,” katanya ketika sesi soal jawab pada Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan TH di Hotel Tenera, pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, keadaan sedemikian akhirnya membawa kepada keperluan melaksanakan langkah pembetulan pada 2018.

“Kegagalan melakukan perubahan ketika itu boleh menyebabkan TH tidak lagi relevan atau kekal solvent,” katanya.

Selain itu, katanya, walaupun TH tidak berada secara langsung di bawah kawal selia BNM, namun bank pusat itu antara pihak yang paling awal memberi amaran mengenai risiko terhadap institusi berkenaan.

“Dalam sejarah kontroversi TH, yang wujud ialah BNM sebab kita tidak diregulasi oleh sesiapa pun.

“BNM sebenarnya berperanan sebagai aktor walaupun ia bukan badan yang mempunyai bidang kuasa secara langsung berkenaan TH.

“Bank pusat itu bimbang mengenai kesan terhadap kecairan sekiranya berlaku krisis keyakinan terhadap TH,” katanya.

Related Posts

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014