Magic Mushroom: Kerajaan Kelantan tunggu laporan JPN

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan akan bekerjasama dengan pihak Polis berhubung rokok elektronik (vape) yang dicampur magic mushroom melibatkan pelajar sekolah menengah di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, bagaimanapun setakat ini pihaknya masih menunggu laporan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berkaitan perkara itu.

“Behubung perkara ini, kita telah berhubung dengan JPN dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk dapatkan maklumat dengan lebih lanjut sekiranya ada kita akan bincang, kenal pasti berapa ramai terlibat dan bagaimana nak atasi masalah ini.

“Kita minta JPN dan YIK agar menjauhi benda sebegini. Perkara ini benda baru, kadang-kadang mereka (golongan pelajar) tidak tahu itu adalah barangan terlarang, tetapi terlibat.

“Malah, ibu bapa pulak tak boleh nak kesan benda terlarang ini ada dalam poket, ada dalam beg. Benda oni menyelinap masuk dalam keluarga, merosakan keluarga, merosakan masa depan, merosakan masyarakt, dan negara,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Fadzli berkata, pihaknya turut mengakui Kelantan turut terlibat sama dengan masalah gejala sosial.

Justeru, jawatankuasa khas juga telah dibentuk sebelum ini untuk menangani masalah gejala sosial melibatkan agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang berperanan membendung isu gejala sosial di negeri ini.

“Kita tidak nafikan bahawa Kelantan pun turut terheret sama dengan masalah gejala sosial kerana ianya tidak mengira tempat dan negeri.

“Kerajaan negeri sendiri pun dah ada task force menangani gejala sosial termasuk penyalahgunaan dadah. Task force ini dibentuk beberapa tahun lalu melibatkan semua agensi kerajaan negeri termasuk dari kerajaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Parlimen pada Rabu lalu, memaklumkan mengenai kajian yang dilaksanakan Hospital Universiti Sains Malaysia terhadap 152 pelajar di Kelantan.

Hasil kajian itu mendapati 65 peratus pelajar berkenaan dikesan terlibat menghisap rokok elektronik yang dicampur bahan dikenali sebagai magic mushroom, yang kesannya lebih menggerunkan daripada dadah jenis methamphetamine dan syabu.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar