Pas anggap PRK DUN Mahkota kekalahan Bersatu – Puad

PUTRAJAYA – Pas seolah-olah menggangap kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ada kekalahan Bersatu, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad mengulas, selepas pasca pilihan raya, Pas berdiam diri dan hanya sekadar melepaskan tangan kerana gusar dicop sebagai ‘menyibuk’.

“Sebenarnya Pas malu untuk komen. Nanti Bersatu pulangkan paku buah keras.

“Di Nenggiri, Pas berkeras agar ahlinya jadi calon Bersatu. Dan wajib guna lambang Pas. Tiba tiba kalah teruk,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Sementara itu, beliau dengan nada sinis berkata, Di Kemaman Pas menang besar tetapi Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari kata, Pas tidak meroyan minta UMNO dedah ‘post mortem’ kerana sudah pun dijawab dan rakyat taasub kepada gelombang hijau.

“Hanya Isham Jalil yang percaya DAP adalah punca. Rupanya hujah Isham Jalil tidak tepat. Ke laut. Nenggiri dan Mahkota telah membuktikan. DAP hanya alasan.

“Tetapi bagusnya Ketua Penerangan Pas ialah dia guna kata kata azimat Moa Tse Tung, “We must have faith in the masses and we must have faith in the Party.”

“Rupanya boleh guna idea pemimpin komunis. Pas guna tidak apa. Orang lain tak boleh. Dituduh komunis.

“Macam politik wang. Orang lain tak boleh. Itu rasuah. Kalau Pas boleh. Itu ‘sedekah’,” ujarnya.

Pada Selasa, Ahmad Fadlhli berkata, Pas tidak perlu mengumumkan apa jua siasatan dalaman kepada media termasuk punca kekalahan PN PRK DUN Mahkota, 28 September lalu.

Ahmad Fadhli berkata, Pas atau PN ada kaedah bermuhasabah sendiri dan percaya proses dalaman parti tidak perlu didedahkan kepada media massa.

Related Posts

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

PORT DICKSON – Tindakan lebih tegas perlu dilaksanakan kerajaan termasuk mengharamkan mana-mana individu atau pihak yang secara terbuka mempertikaikan asal usul orang Melayu, bagi mengekang perbuatan itu daripada terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong