Pokok bunga hiasan pentas utama ceriakan sambutan, jadi ‘buah tangan’ pengunjung

PUTRAJAYA – Pokok bunga hiasan pentas utama Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini menjadi ‘sasaran’ pengunjung apabila sebahagian daripada mereka tidak melepaskan peluang membawanya pulang sebagai kenang-kenangan.

Kemeriahan sambutan yang berlangsung sejak awal pagi menyaksikan ribuan pengunjung memenuhi Dataran Putrajaya untuk menyaksikan perbarisan dan perarakan kontinjen, persembahan serta pelbagai acara yang disusun sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Bagi Mohd Zakuan, 30, pokok bunga hiasan yang dibawanya pulang bukan sekadar cenderahati, sebaliknya akan menjadi tambahan kepada koleksi tanaman di rumah kerana isterinya gemar menghias kediaman dengan pokok bunga.

“Saya mengambil kesempatan membawa pulang pokok bunga ini kerana isteri saya memang menggemari pokok bunga hiasan.”Anak-anak saya pun teruja dapat membawa pulang bunga ini,” katanya ketika ditemui di Dataran Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, pekerja swasta, Sharina Mohd Redza, berkata beliau sanggup datang seawal jam 6 pagi dari Dengkil, Selangor, semata-mata mahu menyaksikan kemeriahan sambutan kemerdekaan tahun ini.

Katanya, beliau meletakkan kenderaan di kawasan berhampiran sebelum menaiki bas ulang-alik yang disediakan bagi memudahkan orang ramai ke lokasi sambutan.

“Tahun lalu saya sudah membawa pulang bunga dan menanamnya di rumah. Menariknya, bunga yang ditanam itu masih hidup sehingga sekarang.

“Jadi, tahun ini saya mahu membawa pulang dan menanam bunga lagi. Saya rasa teruja datang menyambut Hari Kebangsaan 2026 dan dapat mengambil bunga ini,” katanya.

Kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya turut menjadi kesempatan buat masyarakat daripada pelbagai kaum dan lapisan usia berkumpul bersama, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme serta perpaduan.

Related Posts

RM2,000 tempah uniform dua anak, ibu bapa sokong minat

PUTRAJAYA – Minat Muhd Rafa, 10, dan adiknya, Muhd Rayyan, 7, terhadap pasukan unit beruniform mendapat sokongan penuh ibu bapa mereka yang sanggup membelanjakan kira-kira RM2,000 untuk menempah pakaian berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sambutan Hari Kebangsaan jadi kenangan istimewa ulang tahun ke-7

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini menjadi kenangan istimewa buat Abu Rayyan yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-7 bersama ibu bapanya. Bagi Hazirah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026

  • By Ithma
  • August 31, 2026
Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026

Akhlak, ilmu jadi tunjang perkasa jati diri Muslim

Akhlak, ilmu jadi tunjang perkasa jati diri Muslim

SADA mahu teroka peluang baharu, pacu pembangunan Sri Aman

SADA mahu teroka peluang baharu, pacu pembangunan Sri Aman

50,000 meriahkan Hari Kebangsaan, Hari Sabah 2026

  • By Ithma
  • August 31, 2026
50,000 meriahkan Hari Kebangsaan, Hari Sabah 2026

RM2,000 tempah uniform dua anak, ibu bapa sokong minat

RM2,000 tempah uniform dua anak, ibu bapa sokong minat