Maritim Labuan gagalkan cubaan seludup 1,920 tin minuman keras

LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan menggagalkan sebuah bot fiber cubaan membawa keluar sejumlah 1,920 tin minuman keras di perairan Labuan pukul 1.00 pagi pada Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izawanhadi Hj. Idros, berkata kru Bot Petir 90 menerusi rondaan di sekitar perairan Labuan, telah menahan sebuah vesel yang dikendalikan oleh tekong bot yang bergerak laju dengan keadaan mencurigakan dari Labuan ke Menumbok.

Katanya, ketika menghampiri bot berkenaan untuk pemeriksaan lanjut, pihak penguat kuasa APMM mendapati tekong bot terbabit telah terjun ke laut dan seterusnya melarikan diri ke hutan paya bakau berhampiran.

“Pemeriksaan mendapati vesel terbabit dipercayai cuba menyeludup keluar minuman keras pelbagai jenama berjumlah sebanyak 1,920 tin dengan nilai keseluruhan rampasan dalam lingkungan RM40,000.

“Kesemua barang rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Labuan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana membawa keluar minuman keras tanpa cukai melebihi jumlah yang dibenarkan.

Sehubungan itu, orang ramai boleh menyalurkan informasi aktiviti jenayah di laut dengan terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam setiap hari.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar