
Abang Johari adalah antara empat penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) iaitu darjah kebesaran tertinggi Sabah yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima.’
Turut menerima penganugerahan SPDK, Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ahli Perniagaan, Datuk Kumar Prabakaran.
Sementara itu, seramai 87 penerima dianugerahkan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.
Antata yang tersenarai termasuk Pembantu Menteri Kewangan, Tan Lee Fatt; Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Peto Galim; Panglima 5 Briged, Brig Jen Mohd Zamri Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kapor, Ben Chong Chen Bin; ADUN Banggi, Mohammad Mohamarin; ADUN Kukusan, Rina Jainal dan ADUN Dilantik, Dr Aliakbar Gulasan antara tersenarai yang menerima anugerah PGDK.
Turut tersenarai pengamal media iaitu Penulis Kolumnis The Star, Philip Golingai dan Ketua Pengarang The Borneo Post, Chiu Nai Wen antara yang dianugerahkan PGDK.
Dalam pada itu, seramai 10 penerima Jaksa Pendamai (JP) iaitu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick; Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Joachim Gunsalam; Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Kassim Mansor; Bekas Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris; Datuk Guan Ka Hock; Datuk Liew Kim; Choong, Yee Tsai Yiew; Koh Siew Boon; Juddy Chu Yen Tien dan Bakri@Norzaidi Ali Omar.
Seramai 116 dianugerahkan Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), 274 menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 320 menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 421 akan menerima Bintang Kinabalu (BK) manakala 144 menerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).




