54 gagal dihubungi, kerajaan gembleng ikhtiar pastikan keselamatan rakyat Malaysia di Nepal

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal serta agensi berkaitan susulan bencana banjir kilat yang berlaku di Nepal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh juga sedang digerakkan bagi membantu memperkukuh penyelarasan di lapangan.

“Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Luar Negeri (KLN) akan terus memantau perkembangan itu dengan teliti dan menggembleng segala ikhtiar yang diperlukan.

“Ini bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang terjejas diberi keutamaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Khamis.

Terdahulu, Perdana Menteri turut melahirkan rasa dukacita dengan kejadian itu dan amat terkesan apabila dimaklumkan oleh KLN bahawa 54 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi setakat ini.

Beliau memaklumkan, usaha mengesan serta mendapatkan perkembangan mengenai keadaan rakyat Malaysia terlibat sedang giat dilakukan.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan agar kesemua mereka segera ditemui dalam keadaan selamat dan segala usaha mencari serta menyelamat dipermudahkan. Insya-Allah,” katanya.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, angka kematian akibat banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat di sempadan Nepal-China itu meningkat kepada 160 orang.

Sementara itu, lebih 680 pelancong, pengembara, anggota keselamatan, pekerja dan penduduk tempatan dilaporkan hilang di kedua-dua negara.

Related Posts

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

SHANGHAI – Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda lawatan kerja beliau ke China hari ini dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi, pelaburan dan pembangunan kemahiran. Perdana Menteri dijadual mengadakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

SHANGHAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan keyakinan terhadap kemampuan 22 anak muda Malaysia yang membawa cabaran negara pada Pertandingan Kemahiran Dunia Shanghai 2026. Beliau berkata, penyertaan mereka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar