Jalan sekitar pusat bandar KK ditutup sempena sambutan Hari Kebangsaan, Hari Sabah

KOTA KINABALU – Beberapa laluan utama dan kawasan tempat letak kereta di sekitar pusat bandar Kota Kinabalu akan ditutup sementara bermula hari ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan raptai serta Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2026 dan Sambutan Hari Sabah 2026.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Seri Sabin Samitah berkata, penutupan itu dilaksanakan mengikut lokasi dan tempoh masa tertentu bagi memastikan kelancaran persiapan, raptai serta acara sebenar kedua-dua sambutan berkenaan.

“Bagi Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2026, sesi raptai dijadual berlangsung dari 27 hingga 29 Ogos, bermula jam 5 pagi hingga 12 tengah hari, manakala acara sebenar akan berlangsung pada 31 Ogos.

“Penutupan utama membabitkan Jalan Tun Fuad Stephens yang ditutup bermula jam 1 pagi, 26 Ogos sehingga jam 1 tengah hari, 31 Ogos 2026.

“Turut ditutup sementara ialah kawasan tempat letak kereta di Medan Selera Anjung Senja serta Stesen Perhentian Bas Zon Selatan, Jalan Tun Fuad Stephens sepanjang tempoh berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial Facebook, di sini pada Selasa.

Menurutnya, penutupan turut membabitkan Jalan Utama Sutera Harbour, khususnya bahagian kiri keluar menuju ke Jalan Coastal, serta Jalan Mentari.

“Sementara itu, raptai Sambutan Hari Sabah 2026 dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Ogos, bermula jam 7 malam hingga 11 malam.

“Raptai penuh bagi sambutan berkenaan akan diadakan pada 29 Ogos dari jam 6 petang hingga 11 malam, manakala acara sebenar pada 31 Ogos dijadual berlangsung dari jam 1 tengah hari hingga 11 malam.

“Susulan penutupan beberapa laluan utama itu, DBKK menasihatkan orang ramai, khususnya pengguna jalan raya, supaya merancang perjalanan lebih awal dan mengambil kira perubahan aliran trafik,” ujarnya.

Tambahnya, pengguna yang perlu melalui Jalan Tun Fuad Stephens dan laluan berhampiran turut dinasihatkan menggunakan jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakan serta kelewatan perjalanan.

“Orang ramai perlu mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang ditempatkan di kawasan terbabit bagi memastikan pergerakan trafik dapat dikawal dengan lancar dan selamat.

“Penutupan berkenaan dijangka memberi kesan terutama kepada pengguna yang menuju ke pusat bandar, kawasan persisiran pantai serta laluan berhampiran lokasi utama sambutan.

“Orang ramai digesa mengambil kira tempoh penutupan ketika merancang perjalanan, khususnya pada waktu pagi bagi sesi raptai Hari Kebangsaan dan pada sebelah petang serta malam bagi raptai dan acara Sambutan Hari Sabah,” jelasnya.

Dalam pada itu, DBKK turut memohon kerjasama semua pengguna jalan raya agar tidak memasuki kawasan yang telah ditutup dan sentiasa mematuhi papan tanda serta arahan keselamatan yang disediakan.

“Kerjasama orang ramai amat penting bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan peserta dan pengunjung sepanjang penganjuran Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2026 dan Sambutan Hari Sabah 2026.

“Orang ramai disaran mendapatkan maklumat terkini berkaitan perubahan trafik sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh sambutan berlangsung,” katanya lagi.

Related Posts

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK