Jangan bakar sentimen agama isu kuil, buruk akibatnya – Mufti Perlis

KANGAR – Mufti Perlis mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen supaya tidak membakar sentimen perkauman atau ketegangan agama berhubung isu perobohan sebuah kuil di Bukit Lagi di sini.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, isu berkenaan perlu dilihat dari sudut pelaksanaan peraturan dan kedaulatan undang-undang, bukannya dijadikan bahan untuk mencetuskan sentimen politik atau agama.

“Kita berada di negara yang ada undang-undang, bukan di hutan rimba yang tanah tiada pemilik.

“Sepatutnya, Ahli Parlimen ini mengajar rakyat untuk mengikut undang-undang, bukan membina bangunan sesuka hati tanpa peraturan dan hak milik,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, rumah persendirian sendiri tidak boleh dibina dengan menceroboh tanah milik orang lain atau tanah awam, apatah lagi melibatkan pembinaan rumah ibadat.

Katanya, kebebasan beragama dan keharmonian yang dinikmati di negara ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mana-mana pihak mengetepikan peraturan serta hak pemilikan tanah.

“Betapa banyak kuil yang sah wujud, tidak disentuh pun oleh majoriti rakyat negara ini.

“Islam itu harmoni dan menghormati hak walaupun tidak bersetuju. Namun, Islam juga tidak membenarkan manusia merampas atau mengambil tanah pihak lain tanpa alasan yang sah,” katanya.

Mohd Asri berkata, apa yang berlaku di Perlis pada pandangannya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik, sebaliknya melibatkan soal pematuhan undang-undang.

“Apa yang berlaku ialah pelaksanaan peraturan dan kedaulatan undang-undang.

“YB, jangan bakar sentimen perkauman atau ketegangan agama. Buruk akibatnya nanti bagi negara ini,” katanya.

Related Posts

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

JERANTUT – UMNO Bahagian Jerantut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Rusdah Jantan di mana kediamannya di Kampung Bukit Genting, dekat sini, ditimpa musibah kebakaran pada April lalu. Sumbangan itu disampaikan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

PUTRAJAYA – Kenyataan bekas pemimpin kanan DAP, Ronnie Liu bahawa Malaysia tidak akan dan tidak patut menjadi negara Islam merupakan dakwaan yang wajar diperbetulkan berdasarkan Perlembagaan dan keputusan mahkamah. Peguam Syarie,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

Jangan bakar sentimen agama isu kuil, buruk akibatnya – Mufti Perlis

Jangan bakar sentimen agama isu kuil, buruk akibatnya – Mufti Perlis

Wanita ditahan, tangki tambahan berisi 130 liter petrol ditemukan

Wanita ditahan, tangki tambahan berisi 130 liter petrol ditemukan

Roboh kuil bukan penyelesaian, kerajaan Perlis patut pilih jalan berhemah – Rayer

Roboh kuil bukan penyelesaian, kerajaan Perlis patut pilih jalan berhemah – Rayer