Bekas Setiausaha Politik MB Kedah diperintah bela diri kes rasuah REE

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis memerintahkan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab membela diri atas pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur nadir bumi (REE) di negeri itu, tiga tahun lepas.

Hakim Suzana Hussin membuat keputusan terbabit selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohamad Hilmi, 53.

“Oleh itu, tertuduh diperintah untuk membela diri,” katanya yang kemudian menetapkan empat hari bermula 9 Oktober ini bagi prosiding bela diri, hari ini.

Ia sebagai dorongan bagi tertuduh, yang ketika itu Setiausaha Politik Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, membantu syarikat berkenaan mendapatkan kelulusan berkaitan permohonan Lesen Perlombongan dan Lesen Penjelajahan REE di sekitar Kedah.

Mohamad Hilmi didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Sunway Kiara Hills, Taman Sri Hartamas di sini pada 4 Julai 2023.

Beliau juga mengaku tidak bersalah atas dakwaan menerima suapan wang tunai berjumlah RM150,000 daripada individu sama bagi tujuan sama di sebuah restoran di Desa Sri Hartamas di sini pada 11 Julai 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Prosiding itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat manakala peguam Syed Naqiuddin Shahab mewakili Mohamad Hilmi.

Related Posts

Rapid KL lanjut operasi rel, bas 24 jam sempena Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan rel dan bas terpilih kendalian Rapid KL akan beroperasi selama 24 jam bermula 30 hingga 31 Ogos ini bagi memudahkan pergerakan orang ramai sempena Sambutan Hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor bangunkan indeks kehidupan bermaruah ukur tahap kehidupan rakyat

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor merancang membangunkan indeks kehidupan bermaruah bagi mengukur tahap kehidupan rakyat serta menilai keberkesanan bantuan dan sokongan yang disalurkan kepada isi rumah. Menteri Besar Selangor, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kereta kabel Bukit Bendera dijangka siap menjelang Ogos 2027

Kereta kabel Bukit Bendera dijangka siap menjelang Ogos 2027

Rapid KL lanjut operasi rel, bas 24 jam sempena Hari Kebangsaan

Rapid KL lanjut operasi rel, bas 24 jam sempena Hari Kebangsaan

Selangor bangunkan indeks kehidupan bermaruah ukur tahap kehidupan rakyat

Selangor bangunkan indeks kehidupan bermaruah ukur tahap kehidupan rakyat

Carrick nafi United diberi layanan istimewa

Carrick nafi United diberi layanan istimewa

SPRM tahan pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk di Pulau Pinang