Kerajaan kenal pasti 4,619 ‘hotspot’ banjir

PUTRAJAYA – Sebanyak 4,619 kawasan ‘hotspot’ banjir di negara ini sudah dikenal pasti sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kawasan ‘hotspot’ itu dikenal pasti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membolehkan persediaan dan perancangan awal dapat dilakukan sebelum bencana banjir berlaku.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) turut meramalkan monsun timur laut akan bermula pada awal bulan depan sehingga Mac 2025.

Katanya, fenomena La Nina dijangka bermula pada penghujung 2024 dan berterusan sehingga pertengahan 2025.

“Risiko banjir besar akan meningkat sekiranya hujan lebat monsun berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan monsun.

“Dijangka terdapat lima hingga tujuh luruan monsun membawa episod hujan yang lebat dan berterusan terutama di Pantai Timur Semenanjung, selatan dan barat Sarawak serta utara dan timur Sabah.

“Oleh itu, sebagai persediaan awal JPS sudah mengenal pasti 4,619 kawasan ‘hotspot’ banjir selain memantau empangan seluruh negara yang berusia lebih 50 tahun.

“Ia terutamanya empangan yang mempunyai isipadu yang besar dan tinggi untuk kita kenal pasti langkah-langkah intervensi yang perlu diambil ketika musim MTL melanda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bilangan 2 2024 di Bangunan Sultan Iskandar, di Kota Tinggi, Johor, lewat petang semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, cuaca dijangka lebih lembap di Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak, bulan depan hingga Disember ini.

Pada Januari hingga Februari 2025 pula, katanya cuaca lebih lembap diramal berlaku di Johor, Sarawak dan Sabah.

“Hujan diramal berkurangan di Utara Semenanjung bermula Januari 2025 dan di Timur Semenanjung bermula Februari 2025 disusuli dengan cuaca panas dan kering sehingga Mei 2025.

“Secara keseluruhan, MetMalaysia meramalkan pola hujan di seluruh negara adalah sama dengan tahun yang sebelum ini.

“Amaran ‘cyclone’ tropika yang semakin kerap berlaku di perairan negara juga perlu diberi perhatian dan tindakan berhati-hati perlu diambil,” katanya.

Related Posts

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

KUCHING – Keputusan dasar berhubung tuntutan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak telah dipersetujui di peringkat kepemimpinan tertinggi negara, dan proses selanjutnya kini diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acara kemuncak Hari Malaysia di BCCK janjikan kelainan, pengunjung dinasihat pakai pelitup muka

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia ke-63 Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada malam 16 September ini bakal menjanjikan pelbagai pengisian istimewa buat pengunjung. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan