JIM hantar pulang 650 PATI warga Filipina ke negara asal

SANDAKAN – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil tindakan tegas dengan mengusir 650 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina di sini pada petang Khamis.

Mereka yang ditahan di Depot Papar, dihantar pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Jafri Embak Taha berkata, kesemua PATI berumur antara satu hingga 82 tahun itu dipindahkan menggunakan kapal MV Antonia 1.

“Kanak-kanak yang terlibat dalam penghantaran pulang tersebut diiringi dengan ibu bapa dan penjaga masing-masing.

“Setakat hari ini, seramai 3,418 tahanan warga Filipina telah diusir ke negara asal melalui pengangkutan laut dan udara,” katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

Jelas beliau, kekerapan proses penghantaran pulang tahanan ini adalah bergantung kepada pihak Kedutaan Filipina dalam mempercepatkan proses dokumentasi dan pengeluaran dokumen perjalanan bagi membolehkan tahanan terlibat pulang ke negara asal.

Jafri juga mengingatkan majikan yang menggaji pekerja asing supaya memastikan semua pekerja memiliki pas yang sah untuk bekerja di Sabah.

Katanya lagi, respons positif negara-negara jiran adalah sangat memuaskan, terhadap usaha memindahkan warganegara mereka kembali ke negara asal khususnya Indonesia.

Menurutnya, kedutaan Indonesia telah mengambil inisiatif untuk menyediakan pengangkutan bagi menghantar pendatang tanpa izin (PATI) terutama golongan rentan, termasuk warga uzur, tua dan mereka yang mengalami penyakit serius.

“Mereka telah memberikan kerjasama yang baik dalam penyediaan dokumen perjalanan yang diperlukan dalam masa yang cepat.

“Kerjasama ini termasuk penyediaan perkhidmatan pengangkutan udara untuk membawa PATI negara mereka yang menghadapi pelbagai masalah,” katanya.

Pada masa sama, beliau tegaskan bahawa individu yang memegang pas lawatan sosial bagi tujuan melancong perlu berhati-hati agar tidak menyalahgunakan pas tersebut, yang boleh mengakibatkan mereka didakwa dan disenarai hitam sekiranya melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.

Related Posts

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

PEMBENTANGAN Belanjawan 2027 pada Jumaat dapat terus memperkukuh ekonomi negara di samping meringankan beban sara hidup rakyat serta memelihara keamanan dan kestabilan nasional. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada jam 3.30 petang ini dengan aspirasi untuk menggapai di langit serta mengakar di bumi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas