Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

PUTRAJAYA – Keperluan mewujudkan undang-undang bagi mengkanunkan peruntukan kawasan Parlimen yang bukan sahaja menjamin kesaksamaan dari akses kepada dana, malah memastikan jumlah peruntukan adil dan berkadaran berdasarkan parameter seperti jumlah pengundi.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berpandangan, peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen tidak semestinya adil sekiranya saiz kawasan dan jumlah pengundi tidak diambil kira.

“Peruntukan sama rata tidak semestinya adil. Ini kerana tidak semua kawasan Parlimen adalah sama. Bangi mempunyai lebih 300,000 pengundi pada 2022 dan jumlah itu berkemungkinan meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Itu menjadikan kawasan berkenaan kira-kira tiga kali ganda lebih besar berbanding purata nasional dari segi jumlah pengundi berdaftar,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Syahredzan berkata, Hulu Langat mempunyai sekitar 160,000 pengundi, Puchong kira-kira 150,000, manakala Putrajaya hanya sekitar 42,000 pengundi.

“Bangi mempunyai lebih daripada 700,000 penduduk. Ahli Parlimen Bangi secara praktikalnya perlu berkhidmat kepada 700,000 penduduk, bukan sekadar 300,000, kerana beliau tidak boleh mendiskriminasi atau membezakan antara pengundi dan bukan pengundi di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau turut berkata peruntukan bagi pusat khidmat dan penggajian kakitangan perlu mengambil kira faktor lokasi kerana kos penyelenggaraan pejabat serta gaji kakitangan di sesetengah wilayah mungkin jauh lebih tinggi berbanding kawasan lain.

Pada masa sama, katanya, dana pembangunan juga wajar mengambil kira keperluan kawasan luar bandar yang memerlukan lebih banyak projek infrastruktur berbanding kawasan bandar.

“Perlu ada undang-undang untuk mengkanunkan peruntukan kewangan bagi semua Ahli Parlimen tanpa mengira jalur politik. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, DAP akan menyokong Perdana Menteri bagi merealisasikan undang-undang sedemikian.

“Namun, undang-undang tersebut bukan sahaja perlu menjamin kesaksamaan dari segi akses kepada dana kawasan Parlimen, tetapi juga saksama dan berkadaran (proportionate) dengan jumlah pengundi serta mengambil kira keadaan khusus bagi setiap kawasan Parlimen,” katanya.

Syahredzan berkata, perkara itu bukan untuk kepentingan Ahli Parlimen yang datang dan pergi, sebaliknya bagi menjamin keadilan kepada pengundi, khususnya di kawasan Parlimen bersaiz mega seperti Bangi.

“Jika tidak, ianya tidak adil bagi pengundi di kawasan ini yang ‘berkongsi’ peruntukan dengan begitu ramai yang lain, berbanding kawasan yang lebih kecil,” katanya.

Pada Selasa, Pengerusi DAP Gobind Singh Deo berkata parti itu menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyediakan peruntukan yang sama rata kepada semua Ahli Parlimen dan seterusnya menggubal undang-undang bagi menjamin peruntukan itu secara kekal.

Pemimpin parti itu berulang kali menyampaikan kepada perdana menteri mengenai janji Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan semua Ahli Parlimen menerima peruntukan yang sama.

Related Posts

Pas perlu bentang pelan ekonomi jika mahu ambil alih Selangor – Pemuda AMANAH

SHAH ALAM – Pas perlu membentangkan pelan ekonomi dan belanjawan alternatif yang jelas sekiranya benar-benar bersedia mengambil alih pentadbiran Selangor, kata Naib Ketua Pemuda AMANAH, Faris Arriffin. Beliau berkata, pengalaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mempersoalkan kritikan Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhubung cadangan penubuhan kampus cawangan universiti antarabangsa di Sarawak yang didakwa mampu menjejaskan perpaduan negara. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat