Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

KUALA LUMPUR – Tiga sekeluarga, termasuk kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, maut selepas lori Jabatan Imigresen dipercayai melanggar lampu merah sebelum merempuh sebuah kereta dan melanggar pejalan kaki di persimpangan Jalan Sultan Ismail, awal pagi tadi.

Mangsa ialah lelaki berusia 53 tahun dan dua anak perempuannya masing-masing berusia 25 dan 12 tahun yang meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kemalangan kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction.

Isteri mangsa berusia 55 tahun yang juga ibu kepada dua anak perempuan berkenaan cedera di kepala, tangan kanan dan kedua-dua kaki.

Mangsa kemudian dikejarkan ke zon merah Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori Isuzu milik Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang kosong, Proton Saga, Inokom Matrix dan empat pejalan kaki.

Siasatan awal mendapati lori Imigresen itu dipandu lelaki berusia 43 tahun yang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit.

“Suspek dalam perjalanan ke sana untuk mengambil tahanan selepas operasi terhadap pendatang tanpa dokumen di kawasan berkenaan.

“Lori itu dipercayai memasuki persimpangan ketika lampu isyarat bagi laluannya berwarna merah, dengan lampu beacon dan siren diaktifkan,” katanya, lapor Berita Harian.

Pada masa sama, Proton Saga dipandu lelaki berusia 50 tahun sedang bergerak terus melalui persimpangan selepas lampu isyarat bagi laluannya bertukar hijau.

Mohd Zamzuri berkata pemandu Saga dipercayai tidak sempat mengelak lori Imigresen berkenaan sebelum berlaku pelanggaran di tengah persimpangan.

“Impak pelanggaran menyebabkan lori Imigresen hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat pejalan kaki yang semuanya adalah anggota keluarga sama.

“Lori itu turut melanggar sebuah Inokom Matrix yang dipandu lelaki berusia 38 tahun dan berhenti di persimpangan lampu isyarat,” katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga pemandu terbabit tidak cedera.

“Polis kemudian menahan pemandu lori Imigresen berusia 43 tahun dan pemandu Proton Saga berusia 50 tahun bagi membantu siasatan.

“Ujian pernafasan bagi mengesan alkohol dan saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap kedua-dua pemandu mendapati keputusan negatif,” katanya.

Mohd Zamzuri berkata, polis sudah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian, mendapatkan rakaman kamera litar tertutup dan sedang mengesan saksi bebas.

“Kenderaan yang terbabit turut dibawa untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau berbahaya,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Beberapa video dan gambar kenderaan yang remuk dalam kemalangan itu turut tular di media sosial.

Related Posts

JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2 (JENDELA 2) di Sabah perlu memberi penekanan kepada penyediaan perkhidmatan internet yang berkualiti, stabil dan boleh dipercayai, bukan sekadar mengejar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

SHAH ALAM – Lebih 200 kamera litar tertutup (CCTV) bagi Sistem Parkir Pintar Selangor (SIP) telah dipasang di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), daripada keseluruhan 500 unit yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

  • By Ithma
  • August 19, 2026
JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

  • By Fatin
  • August 19, 2026
KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli