Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, usaha itu termasuk pelancaran beberapa produk integriti kerajaan seperti Anugerah Integriti dan Governans yang terbukti memberikan impak serta hasil memberangsangkan.

“Semua produk integriti ini kita buat untuk memperbaiki serta memperkasakan integriti dalam kalangan penjawat awam.

“Alhamdulillah sehingga kini, ia telah menunjukkan tanda-tanda usaha kita itu sudah mula berjaya,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program Integrity Fun Walk 2026 di sini hari ini.

Mengenai program hari ini, Shamsul Azri yang juga Pengerusi Institut Integriti Malaysia, berkata ia platform untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan integriti serta menggalakkan rakyat berpegang teguh kepada nilai berkenaan dalam kehidupan seharian.

Katanya, program yang merangkumi kategori larian tiga dan lima kilometer itu disertai kira-kira 2,000 peserta terdiri penjawat awam, agensi kerajaan serta wakil pertubuhan bukan kerajaan.

“Perkara paling penting bagi program ini ialah kita hendak menerapkan kepada semua masyarakat dan juga penjawat awam, bahawa integriti ini bermaksud melakukan sesuatu yang baik tanpa dilihat orang,” katanya.

Related Posts

Izzah titip penghargaan dalam ucapan akhir sebagai Timbalan Presiden PKR

AYER KEROH – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyampaikan amanat akhirnya sebagai pemimpin nombor dua parti itu pada ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

AYER KEROH – Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa sebagai antara usaha kerajaan memastikan kesejahteraan pekerja dan meningkatkan taraf hidup rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO