Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

AYER KEROH – PKR diseru untuk tidak lagi terperangkap dengan sentimen politik identiti dan perkauman yang dimainkan pihak lawan demi mencipta persepsi negatif terhadap Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pakatan Harapan (PH) agar tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16)

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan politik yang hanya mengapi-apikan sentimen identiti kaum tidak akan menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi rakyat.

Sebaliknya, menurut beliau, tumpuan perlu diberikan kepada politik berasaskan prestasi dengan kerajaan membuktikan keupayaan menangani isu ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Jangan bertempur dalam pentas politik identiti dan fokus prestasi, jangan bertarung dalam gelanggang identiti politik perkauman.

“Tiada pemenang, nak lawan  Pas, nak jadi lebih islam dari PAS kalau dia musuh dengan kita mereka akan kata (menggunakan ayat alquran) jangan cenderung pada orang zalim dan yang zalim itu adalah Anwar Ibrahim. Kalau cenderung hati pada Anwar si zalim api neraka adik kakak.

“Kalau nanti takdir Allah ubah hati dia pula sebelum pilihanraya akan datang ehh nampaknya kena baik dengan anwar ibrahim dia akan baca ayat al quran makannya bekrjasama dalam kebajikan dan takwa,” katanya pada ucapan penggulungan sempena Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada Ahad.

Saifuddin Nasution turut mengingatkan bahawa kestabilan politik dan ekonomi perlu disokong tadbir urus baik, termasuk usaha membanteras rasuah, penyelewengan, ketirisan dan pembaziran.

Katanya, kerajaan perlu terus berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat tanpa mengira kaum kerana cabaran seperti kemiskinan dan kenaikan kos sara hidup akhirnya memberi kesan kepada seluruh masyarakat.

Good governance, jangan rasuah, jangan tiris, jangan seleweng, jangan boros. Elak rasuah, elak penyelewengan, pembaziran,” katanya.

Beliau menegaskan, PKR perlu membawa pendekatan politik yang menilai kejayaan berdasarkan prestasi kerajaan dan manfaat yang diterima rakyat, bukan dengan memperbesar pertembungan identiti antara kaum.

“Kita ajak rakyat menilai kita berasaskan politik prestasi ekonomi, kebajikan rakyat. Kita perlu alih dari politik identiti kepada politik prestasi. Caranya besarkan talam rezeki, stilah besarkan talam rezeki. 

“Maknanya adalah grow the pie besarkan kek..besarkan talam rezeki saya tahu kenapa kita marah skandal Tabung Haji kerugian puluhan bilion itu mengecilkan kek eknomi kerugian felda mengecilkan kek ekonomi. Kita mahu besarkan kek ekonomi ini,” katanya.

Related Posts

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mempersoalkan kemampuan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negara sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) menyokong penuh hasrat kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara