Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

IPOH – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, pada Rabu atas pertuduhan mengedar dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 480.60 gram, minggu lalu.

Teoh Wai Loon, 44, dan isterinya, Lim Suk Pei, 38, didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu kira-kira jam 10.30 malam, 4 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan, pasangan berkenaan didakwa mengedar dadah berbahaya jenis MDMA dengan anggaran berat 480.60 gram di sebuah bilik di Bercham Bistari 4, Medan Bercham Bistari, di sini.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dalam daerah Kinta, Perak mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan, jika tidak dihukum mati, dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulqarnain Wan Asmira, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 7 Disember depan untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap pasangan berkenaan.

Foto: Astro Awani

Related Posts

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

BENTONG – Kerajaan Pahang menyediakan peruntukan RM916,000 melalui Geran Usahawan Makmur dan Hasil Transformasi Produk Usahawan di bawah SIRIM Technopreneur Enterprise Program (STeP) 2026 bagi meningkatkan kualiti dan daya saing…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

BENTONG – Kerajaan Pahang menegaskan bahawa tiada perkhidmatan ejen atau orang tengah dilantik bagi menguruskan permohonan geran usahawan yang disediakan kerajaan negeri. Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan negeri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DAP Perak teguh pendirian, kekal dalam Kerajaan Perpaduan

DAP Perak teguh pendirian, kekal dalam Kerajaan Perpaduan

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?