Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

KUALA LUMPUR – Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) didakwa meletakkan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang dikaitkan dalam laporan itu dalam keadaan dilema serta berkedudukan dalam suasana serba salah.

Malah, Pengerusi Daie MADANI, Amir Zuhair Abdull Khalid berkata, kebanyakan individu yang disebut dalam laporan itu tidak lagi berada dalam barisan kepimpinan semasa BN, sekali gus menunjukkan mereka tidak lagi mempunyai peranan penting dalam parti.

“Nama-nama itu (pemimpin dalam laporan RCI TH) berada dalam keadaan dilema, mereka ini pun sudah tidak ada dalam pimpinan Barisan Nasional (BN) dan sudah diketepikan di dalam parti disebabkan kelakuan mereka.

“Malah, (Pengerusi BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin meletakkan mereka ’throw under the bus’, seolah-olah mereka ini tiada nilai atas perbuatan hina, terkutuk sehingga sahabat-sahabat mereka memandang seperti tiada nilai,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) selepas menghantar memoradum sempena Himpunan Aman Solidariti RCI Tabung Haji di Bangunan TH, pada Jumaat.

Mengulas memorandum yang diserahkan kepada Tabung Haji, Amir Zuhair berkata, pihaknya memberikan sokongan penuh terhadap usaha memperkukuh institusi berkenaan, khususnya dalam aspek integriti dan keyakinan pendeposit.

Menurut beliau, antara perkara utama yang diketengahkan menerusi memorandum itu ialah memastikan keyakinan pendeposit terus terpelihara serta mengelakkan berlaku pengeluaran simpanan secara besar-besaran daripada Tabung Haji.

“Memorandum itu kita menyatakan sokongan 100 peratus kepada Tabung Haji. Pertamanya untuk mengekalkan, menggalakkan keyakinan dan mengekalkan keyakinan pendeposit kepada Tabung Haji.  Kita tidak mahu ada bank call lah kepada Tabung Haji, maksudnya orang keluarkan duit besar-besaran sehingga terjadinya bank run.

“Kita juga menyokong usaha-usaha integriti yang sedang dilakukan oleh Tabung Haji antara termasuknya apabila Tabung Haji menyatakan tidak ada lagi lantikan politik selepas ini ke dalam Taman Haji. Itu adalah sokongan kita kepada Tabung Haji,” katanya.

Sementara itu, Amir Zuhair mempersoalkan pihak yang menjadikan pendedahan RCI Tabung Haji sebagai sentimen politik susulan kelewatan memaklumkan kepada masyarakat umum disebabkan kerajaan mengambil kira keadaan dan keyakinan pendeposit.

Beliau memaklumkan, Tabung Haji sebelum ini pernah berdepan isu pengeluaran simpanan secara besar-besaran pada 2019, justeru tempoh tertentu diperlukan bagi memastikan keadaan kembali stabil.

“Jadi kita ambil masa supaya ada tempoh bertenang di dalam Tabung Haji dan juga isu ini agak sejuk dan kemudian baru dikeluarkan. Bermaksud daripada RCI itu dibuat setelah empat tahun dan Tabung Haji pun telah menyatakan bahawa syor syor yang telah dibuat dalam RCI itu telah dilaksanakan. Jadi ia telah membina keyakinan pendeposit.

“Sehubungan itu, apa yang diambil oleh Tabung Haji adalah demi mengelakkan perkara-perkara tersebut daripada orang keluarkan duit secara beramai-ramai. Sebab itu, didedahkan setelah empat tahun setelah kebanyakan syor-syor dalam laporan RCI itu telah dibuat supaya membantu membina semula keyakinan ahli,” katanya.

Related Posts

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia untuk memastikan negara tidak dijadikan laluan perdagangan yang boleh menyumbang kepada kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan siasatan terhadap dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) secara tuntas tanpa sebarang kompromi, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik