Peruntukan segera RM30,000 diluluskan bagi baik pulih jeti di Kampung Belukar

KUANTAN – Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan RM30,000 secara serta-merta bagi kerja-kerja membaik pulih Jeti Nelayan Sungai Belat, dekat Kampung Belukar di sini, susulan keadaan jeti berkenaan yang didapati kurang selamat dan memerlukan tindakan segera.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kelulusan itu dibuat selepas beliau sendiri meninjau keadaan jeti berkenaan ketika menghadiri siri Jelajah Aspirasi Pahang 1st Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura di jeti berkenaan.

“Ya, itu diluluskan serta-merta kerana tengok keadaannya tidaklah begitu baik, tidak begitu selamat dan perlu dibaiki.

“Tadi Tok Empat minta RM30,000 jadi Tok Wan luluskan RM30,000 untuk repair (baik pulih),” katanya seperti dilapor Pahang Media.

Siri jelajah itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inderapura, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Nazri Abu Bakar, barisan ketua jabatan negeri serta kepimpinan masyarakat setempat.

Dalam pada itu, Wan Rosdy turut meluangkan masa meninjau kawasan sekitar Sungai Belat dengan menaiki bot sebelum beramah mesra dengan penduduk bagi mendengar sendiri isu dan keperluan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pendekatan turun padang itu membolehkan Kerajaan Pahang memahami situasi sebenar rakyat sekali gus mempercepatkan penyelesaian terhadap isu yang dibangkitkan.

“Tok Wan ucapkan terima kasih kepada sahabat Tok Wan, Datuk Seri Shafik kerana telah membawa ‘round’ kawasan ini dengan menaiki bot dan dapat melihat alam sekelilingnya yang begitu menarik, menawan tetapi dalam masa yang sama juga dapat mendengar sendiri permasalahan rakyat.

“Ada yang boleh diluluskan serta-merta dan ada yang perlu dikaji dan meminta jabatan-jabatan berkaitan untuk meneliti sekiranya wajar dipertimbangan untuk diluluskan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penduduk Kampung Belukar atas sambutan dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik