Bursa Malaysia kembali kukuh

PUTRAJAYA – Bursa Malaysia pulih daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh aktiviti belian ketika harga rendah selepas jualan secara besar-besaran tiga hari berturut-turut, kata seorang penganalisis.

Bursa tempatan meningkat pada pagi Selasa berikutan pemulihan sentimen pasaran, dengan Petronas Chemicals menerajui peningkatan, naik 16 sen kepada RM5.80 dan menyumbang 2.17 mata kepada indeks penanda aras itu.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.48 mata, atau 0.45 peratus, untuk ditutup pada 1,656.39, berbanding 1,648.91 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks utama itu dibuka 1.49 mata lebih rendah pada 1,647.42 dan turun naik antara 1,643.11 dan 1,657.32 sepanjang hari.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 671 berbanding 379, dengan 475 kaunter tidak berubah, 884 tidak diniagakan dan enam digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 2.55 bilion unit bernilai RM2.41 bilion, susut daripada 4.06 bilion unit bernilai RM3.22 bilion pada Isnin.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran serantau menunjukkan prestasi bercampur-campur, dengan Jepun mencatatkan beberapa aktiviti pembelian, sementara China dan Hong Kong ditutup bersempena Hari Kebangsaan.

“Kami tetap berwaspada dan menjangkakan ketidaktentuan pasaran akan berterusan. Namun, penilaian penanda aras nampak menarik, dan asas ekonomi tempatan serta pendapatan korporat yang kukuh dijangka akan memacu pasaran ke hadapan, menunjukkan pergerakan mendatar dengan kecenderungan ke atas.

“Dijangkakan FBM KLCI berada dalam julat antara 1,650 dan 1,670 sepanjang minggu ini,” katanya seperti dilapor Bernama.

Antara saham wajaran tinggi lain, Maybank meningkat 6.0 sen kepada RM10.54, Public Bank menambah 5.0 sen kepada RM4.61, CIMB Group naik 4.0 sen kepada RM8.09, dan IHH Healthcare meningkat 8.0 sen kepada RM7.24, manakala Tenaga Nasional susut sebanyak 4.0 sen kepada RM14.40.

Kalangan saham aktif, DNex naik 4.0 sen kepada 37.5 sen, MyEG naik setengah sen kepada 89.5 sen, 99 Speed ​​Mart meningkat 2.0 sen kepada RM2.25 manakala Capital A susut 1.0 sen kepada 98 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 73.05 mata kepada 12,394.96, Indeks FBM Emas Shariah menokok 72.92 mata kepada 12,318.04, Indeks FBMT 100 naik 65.25 mata kepada 12,086.96, Indeks FBM 70 melonjak 134.36 mata kepada 17,532.89 manakala Indeks FBM ACE menokok 36.02 mata kepada 5,213.30.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 9.99 mata kepada 7,189.29, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 2.13 mata kepada 179.09 dan Indeks Tenaga turun 3.73 mata kepada 842.62.

Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 106.84 mata kepada 19,396.02.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 1.73 bilion unit bernilai RM2.26 bilion daripada 1.83 bilion unit bernilai RM2.88 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran menyusut kepada 416.52 juta unit bernilai RM41.20 juta daripada 1.59 bilion unit bernilai RM218.04 juta sebelum itu.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 401.11 juta unit bernilai RM102.3 juta daripada 635.08 juta unit bernilai RM118.62 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 398.35 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (285.73 juta), pembinaan (175.53 juta), teknologi (287.15 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (71.03 juta), hartanah (193.77 juta), perladangan (16.42 juta), REIT (13.03 juta), dana tertutup (100,100), tenaga (102.98 juta), penjagaan kesihatan (63.66 juta), telekomunikasi dan media (39.04 juta), pengangkutan dan logistik (32.91 juta), utiliti (53.32 juta), dan amanah perniagaan (56,400 juta).

Related Posts

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) perlu disusun secara strategik bagi memastikan keselarasan dasar, kesiapsiagaan pelaksanaan dan keyakinan pelabur diperkukuh. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kemajuan JS-SEZ perlu dinilai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek PAKW perkukuh kesejahteraan warga kota

KUALA LUMPUR –  Ibu kota, Kuala Lumpur bakal melangkah lebih hampir menjadi bandar raya bertaraf dunia menerusi pelaksanaan beberapa inisiatif strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Perkara itu dibincangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng