Sarawak sedia pendidikan percuma lahir modal insan global

MUKAH – Inisiatif Pemerkasaan Pendidikan oleh kerajaan Sarawak kini berada pada landasan terbaik dalam melahirkan modal insan berkualiti tinggi dan berdaya saing di persada antarabangsa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, pelaburan terbesar kerajaan negeri hari ini merupakan perancangan jangka panjang terhadap pembentukan sistem pendidikan rakyat.

Beliau menjelaskan, agenda pendidikan luar bandar terus diperkasa secara inklusif di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi memastikan tiada golongan tercicir.

“Kekuatan sebenar sesebuah wilayah tidak hanya diukur melalui hasil sumber asli, tetapi terletak pada rakyatnya yang berilmu, berkemahiran tinggi, serta bijak menguasai teknologi pintar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Ekspo Pendidikan Free Tertiary Education Scheme (FTES) Yayasan Sarawak dan Karnival Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Mukah 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Royston berkata, bukti nyata kejayaan inisiatif itu adalah melalui pelaksanaan skim FTES yang memberi peluang keemasan kepada anak jati Sarawak.

Jelasnya, inisiatif bersejarah itu membolehkan para pelajar melanjutkan pengajian di institusi milik penuh kerajaan negeri tanpa perlu memikirkan bebanan yuran.

“Langkah ini mencerminkan keprihatinan kerajaan bagi memastikan kekangan kewangan keluarga bukan lagi penghalang kepada anak-anak luar bandar mengejar cita-cita,” tegasnya.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa Yayasan Sarawak turut menyediakan pelbagai inisiatif sokongan seperti biasiswa, pinjaman pelajaran, baucar buku, pemberian komputer riba percuma, dan geran pendidikan.

Tambahnya, bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) turut diperkukuh menerusi Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

“Langkah ini bertujuan menepati kehendak industri masa depan seperti teknologi hijau, hidrogen, kecerdasan buatan (AI), dan semikonduktor,” ujarnya.

Dalam pada itu, Royston turut membakar semangat para pelajar dengan menonjolkan kejayaan anak jati Sarawak yang berjaya menempa nama di peringkat global.

Kejayaan itu termasuk pencapaian Irfan Annuar dari Sibu yang mengetuai pembangunan nanosatelit MAVERIC di Amerika Syarikat.

Selain itu, beliau turut memuji kejayaan Mohd Shariman Jamil dari Kuching yang melakar sejarah menghasilkan cip AI pertama di dunia hasil kerjasama pihak United Kingdom.

Beliau optimis penyediaan kemudahan pendidikan percuma dan bantuan gajet kerajaan negeri itu mampu melahirkan lebih ramai insan hebat dari Mukah pada masa hadapan.

Related Posts

Warisan Kedayan terus diperkasa, bangunan baharu PKL bernilai RM25 juta bakal dibina

LIMBANG – Pesta Makan Tahun Kedayan Edisi Ke-10 bukan sekadar menjadi platform meraikan warisan budaya masyarakat Kedayan, malah membuktikan semangat perpaduan dan kesepakatan komuniti itu terus utuh dalam mendepani arus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Festival AOS 2026 bukti industri automotif mampu pacu ekonomi Selangor – Amirudin

SHAH ALAM – Festival Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 bukan sekadar acara automotif, malah menjadi platform yang membuktikan industri kreatif mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta pelancongan Selangor, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warisan Kedayan terus diperkasa, bangunan baharu PKL bernilai RM25 juta bakal dibina

Warisan Kedayan terus diperkasa, bangunan baharu PKL bernilai RM25 juta bakal dibina

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

Festival AOS 2026 bukti industri automotif mampu pacu ekonomi Selangor – Amirudin

Festival AOS 2026 bukti industri automotif mampu pacu ekonomi Selangor – Amirudin

Harimau Malaya tumbang di Stadium Rajamangala

Harimau Malaya tumbang di Stadium Rajamangala

Saman sampah haram boleh sampai RM100,000 selepas ini – Exco Selangor

Saman sampah haram boleh sampai RM100,000 selepas ini – Exco Selangor

30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit