Festival AOS 2026 bukti industri automotif mampu pacu ekonomi Selangor – Amirudin

SHAH ALAM – Festival Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 bukan sekadar acara automotif, malah menjadi platform yang membuktikan industri kreatif mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta pelancongan Selangor, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, penganjuran edisi ke-15 AOS di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang yang berlangsung selama dua hari itu turut menjadi sebahagian daripada sambutan Tahun Melawat Selangor 2026.

Menurutnya, acara bertemakan “Summer Festival, Kustom Bergaya” itu berjaya menghimpunkan lebih 25 tetamu dan jenama antarabangsa dari sembilan negara, sekali gus mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai destinasi utama acara automotif bertaraf dunia.

“Yang paling membanggakan, Art of Speed merupakan jenama acara tempatan yang dibina oleh komuniti tempatan.

“Selepas 15 tahun, ia berjaya membentuk identitinya sendiri sehingga mampu menarik nama-nama besar dunia ke Selangor,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Antara jenama dan tokoh antarabangsa yang mengambil bahagian ialah MOONEYES, Liberty Walk; Hawgholic dan Vise Clothing dari Jepun; DicE Magazine serta Ketua Pereka Produk Hot Wheels Premium, Ronald Wong dari Amerika Syarikat

Selain itu, Russell “MOW” Murchie dari Australia; Kustomfest dan SixtySick Paintlab dari Indonesia; Bangkok Hot Rod Show dari Thailand; Kustomanila dari Filipina; Borneo Kustom Show dari Brunei serta Choppajoop dan Cherrybomb Pin Up Parlour dari Singapura.

Amirudin berkata, AOS 2026 menyasarkan kehadiran antara 50,000 hingga 80,000 pengunjung tempatan, selain 10,000 pelawat antarabangsa serta penyertaan hampir 4,000 pempamer.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan Tourism Selangor turut melancarkan Tourscape @ Selangor, satu inisiatif yang menggabungkan minat terhadap automotif dengan pelancongan negeri.

Katanya, menerusi Road Trip Fun Maps, pengunjung berpeluang meneroka 12 daerah di Selangor menggunakan kereta atau motosikal sambil menikmati pelbagai tarikan pelancongan, budaya, gastronomi dan pengalaman autentik yang ditawarkan.

“Kerajaan Negeri akan terus menyokong inisiatif yang memperkasa golongan belia dalam bidang automotif dan industri kreatif agar sektor ini terus berkembang,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Art of Speed Malaysia, Tourism Selangor dan semua pihak yang menjayakan penganjuran acara berkenaan.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK