Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

ROMPIN – Dua remaja maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan motosikal di Kilometer 150 Jalan Kuantan-Johor Bahru berhampiran Pantai 7, Tanjung Gemok di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pemandu SUV jenis BMW X5, Khor Ho An, 18, dan penunggang motosikal Yamaha 135 LC, Muhammad Darwish Fitri Ramli, 16, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan bergerak dari arah sama sebelum BMW X5 berkenaan melanggar bahagian belakang motosikal.

“Kenderaan dipandu Ho An dipercayai hilang kawalan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa termasuk penunggang motosikal mengalami kecederaan parah serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca apabila pemandu BMW X5 gagal mengawal kenderaan sehingga hilang kawalan.

Sharif Shai berkata, semakan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Rompin untuk proses bedah siasat,” katanya.

Beliau memaklumkan, pihaknya turut menjalankan tindakan lanjut termasuk mendapatkan rakaman percakapan waris, mengesan saksi awam yang melihat kejadian serta menghantar kenderaan terlibat untuk pemeriksaan Puspakom.

“Sampel darah dan urin pemandu BMW X5 turut diambil untuk ujian toksikologi,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik