Enam beradik, rakan didakwa edar dadah

IPOH – Enam beradik yang kesemuanya penganggur bersama seorang rakan mereka didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 118.87 gram di Chemor, minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Affandi Zulkafli, 41; Muhammad Khairul Azmil Zulkafli, 40; Shahrul Azwan Zulkafli, 38; Mohamad Shah Herman Zulkafli, 35; Muhamad Amirul Zulkafli, 29; dan Mohamad Hafizi Zulkafli, 27, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Ridzuan kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Seorang lagi tertuduh, Mohd Ismail Borhan, 43, pula dituduh di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada petang hari sama berikutan sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Mengikut pertuduhan, kesemua tujuh tertuduh didakwa secara bersama mengedar heroin seberat 118.87 gram di sebuah pondok tidak bernombor berhampiran sebuah rumah di Kampung Che Zainal Tambahan 1, Chemor, kira-kira jam 9.20 malam pada 21 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Mahkamah tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin berikutan pertuduhan itu membawa hukuman berat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zariss Sofea Zainudin, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan status laporan kimia.

Foto: Bernama

Related Posts

SBRC redah lebih 500 kilometer, dekati belia Semporna dengan bersukan

SEMPORNA – Sabah Brotherhood Rider Club (SBRC) meredah kira-kira 527 kilometer dengan menunggang motosikal secara konvoi dari Kota Kinabalu bagi menyemarakkan Hari Malaysia sekali gus menyantuni belia menerusi liga futsal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Eksploitasi seksual: JKM dedah taktik ‘grooming’ menerusi pocket talk

KUCHING – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak terus mempergiat usaha mendidik para pelajar berhubung keselamatan dan perlindungan diri daripada ancaman jenayah menerusi penganjuran sesi pocket talk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SBRC redah lebih 500 kilometer, dekati belia Semporna dengan bersukan

  • By Fatin
  • September 17, 2026
SBRC redah lebih 500 kilometer, dekati belia Semporna dengan bersukan

Eksploitasi seksual: JKM dedah taktik ‘grooming’ menerusi pocket talk

Eksploitasi seksual: JKM dedah taktik ‘grooming’ menerusi pocket talk

Penglibatan generasi muda semarak Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Penglibatan generasi muda semarak Sambutan Hari Malaysia di Sabah

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

  • By Fatin
  • September 17, 2026
BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak