PKR nafi Nicky Liow ahli parti

SHAH ALAM – PKR menafikan dakwaan tular yang mengaitkan ahli perniagaan dalam buruan, Liow Soon Hee atau lebih dikenali Nicky Liow sebagai anggota parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, semakan segera telah diarahkan terhadap Sistem Keanggotaan parti itu susulan penyebaran gambar dan hantaran di media sosial yang mengaitkan individu berkenaan dengan PKR.

“Hasil semakan mengesahkan bahawa Liow Soon Hee tiada dalam rekod keanggotaan Keadilan. Semakan juga mendapati dia tidak pernah mengemukakan permohonan untuk menjadi anggota Keadilan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Terdahulu, tular di media sosial hantaran memaparkan gambar Nicky Liow memakai baju Angkatan Muda Keadilan yang mengaitkan ahli perniagaan itu sebagai ahli PKR.

Hantaran itu turut disertakan dengan hantaran ‘Nicky Low masuk PKR disambut PMX? Ramai orang tanya aku, betul ke? Aku pun tak pasti. Aku tanya korang balik. Aku nampak macam tak sama. Pelanduk dua serupa kot. Kan?’

Hantaran itu kemudian mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung