RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui sebahagian rakyat.

Malah rata-rata responden ditemui melihat tindakan itu sebagai usaha memperkukuhkan ketelusan dan akauntabiliti agensi tersebut.

Malah tinjauan mendapati pengundi di Negeri Sembilan lebih cenderung melihat pendedahan laporan berkenaan sebagai langkah yang sudah lama dinantikan pendeposit TH bagi mengetahui keadaan sebenar institusi yang menguruskan simpanan umat Islam di negara ini.

Pesara kerajaan, Wan Osman Hashim, 76, berkata, isu yang membabitkan TH tidak wajar dipolitikkan susulan melibatkan wang rakyat dan pendeposit dari seluruh negara.

Menurut beliau, rakyat berhak mengetahui sekiranya berlaku sebarang kelemahan atau kerosakan dalam pengurusan TH supaya tindakan pemerkasaan dapat dilaksanakan dengan segera.

“Saya seorang ahli Tabung Haji, saya suka (apabila kerajaan mahu mendedahkan laporan RCI TH). Kita tidak mahu duit rakyat dipakai oleh orang lain. Sangat berharap perkara ini diselesaikan dengan segera. Penting untuk disiasat kerana itu duit rakyat.

“Tindakan itu dapat memastikan Tabung Haji tidak rugi lagi dan dapat membantu rakyat. Justeru, mesti ambil tindakan segera supaya rakyat dapat melihat apa kerosakan yang berlaku,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.

Wan Osman turut menyifatkan tindakan kerajaan mendedahkan laporan berkenaan sebagai sesuatu yang tepat pada masanya memandangkan isu itu telah lama menjadi perhatian rakyat.

Sehubungan itu, beliau berpegang teguh dengan pendirian bahawa pendedahan yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan bukanlah ‘gula-gula politik’ sempena PRN Negeri Sembilan.

“Saya tidak percaya itu (keputusan kerajaan gula-gula politik) untuk PRN. Ahli politik mungkin mempunyai pandangan masing-masing, tetapi sebagai rakyat kita hanya mahu siasatan yang adil. Itu yang lebih penting.

“Pada saya, tindakan kerajaan ini dibuat pada waktu yang sesuai. Jika ada perkara yang perlu disiasat, maka siasatan perlu diteruskan dan kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka,” katanya.

Dalam pada itu, pekerja swasta, Nazrin Nazrul Azizul, 30, berkata, sebarang dakwaan atau persoalan yang timbul berkaitan pengurusan TH perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat secara profesional sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

“Bagi saya, kerajaan mengambil langkah yang sesuai dengan membenarkan siasatan dijalankan. Kita perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dan menunggu hasil siasatan sebelum membuat penilaian.

“Tidak ada kena mengena bahawa isu RCI TH sengaja dibangkitkan bagi mempengaruhi sentimen pengundi menjelang PRN Negeri Sembilan, sebaliknya saya percaya proses siasatan perlu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan institusi awam,” katanya.

Sementara itu, penduduk Bukit Temensu, Junaidi Kassim, 64, pula berpandangan isu yang membabitkan TH sepatutnya dinilai berdasarkan fakta serta hasil siasatan, bukannya dipolitikkan demi meraih sokongan atau memburukkan imej mana-mana pihak.

“Saya melihat tuduhan itu tidak benar. Ia hanya permainan politik yang dibangkitkan oleh pihak lawan untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap Pakatan Harapan. Sepatutnya kita memberi ruang kepada proses siasatan dan menilai berdasarkan laporan yang didedahkan.

“Rakyat kini lebih matang dalam menilai sesuatu isu dan tidak mudah dipengaruhi dakwaan yang tidak disokong dengan bukti, sebaliknya mengharapkan ketelusan serta akauntabiliti dalam setiap tindakan kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir RCI berkaitan TH dalam masa terdekat bagi membolehkan rakyat mengetahui hasil siasatan terhadap dakwaan penjualan aset strategik agensi itu.

Anwar berkata, beliau akan meneliti keputusan untuk menerbitkan laporan itu bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, yang dijangka selewat-lewatnya pada Rabu depan.

Related Posts

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

PUTRAJAYA  – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak. Bahagian Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bendera ‘Sang Saka Bangsa’ berkibar, tandakan bermulanya PAU 2026

Bendera ‘Sang Saka Bangsa’ berkibar, tandakan bermulanya PAU 2026

Anak muda kini kembali yakin bersama UMNO – Asyraf Wajdi

Anak muda kini kembali yakin bersama UMNO – Asyraf Wajdi

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0