RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

MUKAH – Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Perikanan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM6.75 juta bagi program tukun tiruan di perairan daerah ini sejak 1998.

Inisiatif berterusan yang dilaksanakan itu bertujuan memperkukuh isu keterjaminan bekalan protein dan rantaian makanan negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, pelaburan besar itu membuktikan komitmen tinggi kerajaan dalam memulihara sumber perikanan secara lestari.

Menurutnya, langkah berkenaan turut mendapat sokongan penuh daripada Kerajaan Sarawak yang bertindak memperluas zon pelabuhan tukun di sepanjang pesisir pantai.

“Tukun-tukun ini bertindak sebagai zon perlindungan dan tempat pembiakan spesies ikan bernilai tinggi.

“Ia amat kritikal bagi memastikan rantaian bekalan makanan kita tidak terputus untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Melabuh Tukun Tiruan Jenis Penghalang Pukat Tunda di Dataran Pasar Mukah pada Jumaat.

Dalam pada itu, Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah menggesa komuniti nelayan tempatan agar beralih kepada kaedah pengendalian pascatangkapan yang lebih moden.

Jelas beliau, langkah itu amat penting untuk mengelakkan berlakunya masalah pembaziran hasil laut.

Antara yang disarankan ialah penggunaan sistem Air Laut Sejuk (RSW) sebagai rantaian sejuk terkawal.

Kaedah itu diyakini mampu memastikan kesegaran ikan kekal optimum dari saat ditangkap di laut sehinggalah sampai kepada pengguna.

Sementara itu, beliau turut menitipkan pesanan agar masyarakat menjaga kebersihan sungai dengan tidak membuang sisa plastik sesuka hati.

Tegasnya, pembuangan sisa kotoran tersebut sering disalah anggap sebagai makanan oleh hidupan marin sehingga mengancam habitat haiwan berkenaan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi dan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Adnan Hussain.

Related Posts

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

MUKAH – Pengguna dinasihatkan agar berwaspada terhadap penjualan lambakan ikan yang ditangkap menggunakan kaedah pengeboman di pasaran negara ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, ikan berkenaan sarat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri mengambil inisiatif mengedarkan bendera Sarawak kepada orang awam di sekitar Marina dan Coco Cabana untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Sarawak. Langkah proaktif itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat