PN, kaedah kamu berpolitik sudah lapuk!

KEKALAHAN Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota semalam (Sabtu) sudah dijangka.

Orang yang waras tidak teragak-agak membuat jangkaan sedemikian kerana PN mengamalkan kaedah berpolitik yang sudah lapuk.

Sepanjang tempoh berkempen bukan sedikit ‘permainan kasar’ dipamerkan PN dan jika itu berlaku dalam bola sepak berkemungkinan ada politikusnya dikenakan kad merah.

Sehari dua menjelang hari pengundian, seorang aktivis PN memfitnah calon Barisan Nasional (BN) terlibat dalam satu kes ‘berunsur samseng’ pada hal ternyata itu tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, calon BN yang mewakili gabungan Pakatan Harapan (PH), BN, dan beberapa parti lain itu merupakan ‘hero’ dalam kejadian ‘pembulian’ ke atas seorang individu orang kurang upaya.

Pihak polis sendiri mengesahkan bahawa kejadian yang berlaku pada zaman calon BN itu berusia remaja dahulu selesai tanpa sebarang hal yang memberi impak buruk kepada beliau.

Pun begitu, sebelum kantoi, bukan main yakin dan bersemangatnya aktivis PN itu memburuk-burukkan calon BN.

Akhirnya, dia malu sendiri, mengaku tersilap dan memberi alasan mendapat maklumat yang salah.

Masalahnya, kenapa dia tidak tabayyun (menyelidik dahulu) sebelum ‘menembak’ musuh di pentas ceramah?

Tanda tanya yang lain pula, ke manakah perginya ulama dalam PN dan kenapa mereka tidak menapis dahulu isu itu sebelum disuap ke mulut umum?

Jika ulama PN berkata, itu di luar kawalan mereka, maka, apa bezanya PN yang kononnya ramai ulama dengan parti lain yang ‘tidak memiliki kunci syurga’?

Sepatutnya PN yang menurut penyokongnya parti sayang ulama, memperlihatkan keindahan Islam dalam tindakan-tanduknya.

Sebenarnya bukan itu satu-satunya contoh kelapukan kaedah PN berpolitik.

Lihatlah keceloparan Ketua Pemuda Pas, tindak-tanduk orang bawahan dia, sikap Menteri Besar Kedah, suara sumbang Pas dalam muktamar terbaharunya, perangai Ketua Armada Bersatu, dan sikap banyak pihak lain dalam PN menjelang PRN DUN Mahkota.

Semua itu menjelaskan bahawa PN masih terbelenggu dengan kaedah politik lapuk.

Oleh sebab itu, sudah sewajarnyalah PN kalah teruk semalam.

Cuma satu nasihat saya kepada semua ahli politik blok Kerajaan Perpaduan, jangan anda juga terikut-ikut dengan kaedah lapuk itu.

Yang suka cari nama dengan membuat kenyataan semberono itu, tolong hentikan.

Itu perlu diinsafi jika anda mahu terus kekal berada dalam arus politik perdana.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy