SPRM siasat kerugian RM200 juta KWAP dalam pelaburan eFishery

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka siasatan berhubung kerugian pelaburan sebanyak RM200 juta yang dialami Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, satu pasukan siasatan khas dari Ibu Pejabat SPRM telah ditubuhkan semalam bagi meneliti secara menyeluruh semua aspek berkaitan kes berkenaan.

“SPRM memberi jaminan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan adil, telus dan saksama berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan menjejaskan integriti proses siasatan.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan (MOF) menerusi jawapan bertulis di Parlimen mengesahkan bahawa KWAP menjadi mangsa penipuan terancang dalam pelaburan berkenaan selepas pihak pengurusan eFishery didakwa memanipulasi laporan kewangan syarikat.

Menurut kementerian itu, konsortium pelabur yang turut dianggotai KWAP telah mengambil beberapa langkah termasuk memulakan tindakan undang-undang, meneruskan usaha mendapatkan semula dana pelaburan, melaksanakan semakan tatakelola dalaman serta memperkukuh mekanisme kawalan bagi melindungi kepentingan pelaburan.

Sebelum ini, media melaporkan eFishery berdepan siasatan susulan dakwaan penyelewengan kewangan, termasuk manipulasi penyata kewangan yang menyebabkan hasil syarikat dilaporkan jauh lebih tinggi berbanding prestasi sebenar.

Laporan DealStreetAsia sebelum ini menyebut KWAP melaburkan kira-kira USD47.7 juta, bersamaan hampir RM200 juta, dalam pusingan pembiayaan Siri D eFishery pada 2023.

Related Posts

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

ARAU – Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian bagi menambah baik bayaran insentif kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebagai usaha meningkatkan daya tarikan penyertaan mahasiswa dalam pasukan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

ARAU – Dunia pertahanan kini memerlukan kepakaran baharu termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, sains data dan keselamatan siber bagi menghadapi perubahan bentuk peperangan moden. Menteri Pertahanan, Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014