Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Kerajaan meneliti penambahbaikan terhadap pelaksanaan subsidi diesel susulan maklum balas daripada pelbagai pihak, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, pelaksanaan subsidi diesel telah dibincangkan sejak program itu diperkenalkan dan kerajaan menerima pelbagai aduan daripada industri serta orang ramai.

“Perkara ini sudah dibincangkan sejak diperkenalkan subsidi diesel dan kita telah menerima banyak aduan daripada pelbagai kelompok, industri, orang ramai dan sebagainya. Perkara ini dibincangkan setiap minggu dalam Kabinet.

“Kementerian Kewangan (MoF) sedang mencari penyelesaian bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan.

“Pendekatan kita, kita ‘roll out’ dulu dan kita akan cari di mana lagi yang perlu diperbaiki,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Jelajah Wira MADANI Peringkat Negeri Sabah, di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai cadangan supaya tambahan kuota diesel bagi Sabah dan Sarawak supaya ditingkatkan melebihi tambahan 100 liter yang diumumkan sebelum ini, Mustapha berkata, perkara itu masih dalam pertimbangan kerajaan.

“Itu pun sedang dalam pertimbangan,” kongsinya.

Tambahnya, Kementerian Kewangan sedang merangka penyelesaian sebelum perkara itu dibawa semula ke Kabinet untuk diputuskan.

“Kita akan putuskan dalam Kabinet dalam masa yang terdekat. MoF sedang merangka solusinya dan kita akan bincang semula untuk diputuskan secepat mungkin bagi menangani isu-isu ini,” ujarnya.

Related Posts

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

SHAH ALAM – Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan ketetapan pihak berkuasa. Exco Kesihatan Awam dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menasihati rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles