Empat KMKK Daerah Telang Usan terima sijil pelantikan

MIRI – Seramai empat Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Telang Usan menerima sijil pelantikan dalam satu majlis yang berlangsung di Kompleks Islam Sarawak Miri, pada Rabu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau menegaskan, pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum perlu terus berpaksikan adat masyarakat Orang Ulu bagi memastikan warisan serta nilai tradisi kekal terpelihara.

Penerima terdiri daripada seorang Penghulu dan tiga Ketua Kaum iaitu Penghulu Tingang Pahang bagi kawasan Baram Tengah, Ketua Kaum Arun Nyaling dari Kampung Ba Abang, Ketua Kaum Yant Lian dari Kampung Ba Purau dan Ketua Kaum Nelson Rocky dari Kampung Long Benali.

Sementara itu, ADUN Mulu, Datuk Gerawat Gala berkata Ketua Kaum dan Penghulu bukan sahaja berperanan sebagai pemegang adat, malah menjadi wakil kerajaan di peringkat akar umbi yang menghubungkan rakyat dengan kerajaan.

Beliau berkata, KMKK memikul tanggungjawab penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat, menjelaskan dasar serta polisi kerajaan, membantu menyelesaikan isu di peringkat komuniti dan menyalurkan pandangan rakyat kepada kerajaan.

“Ketua Kaum dan Penghulu perlu memahami serta melaksanakan tugas mengikut adat yang diamalkan kerana pelantikan dalam kalangan masyarakat Orang Ulu dibuat berdasarkan adat dan amalan setempat,” katanya.

Menurut beliau, institusi KMKK terus memainkan peranan signifikan dalam memperkukuh pentadbiran di peringkat komuniti sekali gus memastikan agenda pembangunan kerajaan dapat disampaikan secara berkesan kepada rakyat.

Turut hadir Residen Bahagian Miri, Galong Anak Luang; Pegawai Daerah Telang Usan, Ezra Uda; Temenggong Elizabeth Deng serta Pemanca Nawan Luhat.

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak