Lelaki hilang sejak Sabtu lalu, polis minta bantuan orang ramai

MUKAH – Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang secara misteri sejak Sabtu lalu selepas gagal dikesan serta dihubungi oleh ahli keluarga dan rakan sekerja.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Idzuan Danil, 39, merupakan kakitangan di salah sebuah syarikat perladangan di Mukah.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, kali terakhir lelaki berkenaan dilihat adalah pada 11 Julai lalu, kira-kira jam 6.15 petang di kawasan perumahan kakitangan.

“Berdasarkan laporan, alamat terakhir mangsa adalah di Kuarters Eksekutif Banglo, Ladang Petian Solar Green, Mukah.

“Usaha mengesan mangsa telah dijalankan oleh pelbagai pihak, namun sehingga kini dia masih gagal ditemui. Malah, telefon bimbit milik mangsa juga gagal dihubungi,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Muhamad Rizal menjelaskan, mangsa dengan ketinggian 165 cm dilaporkan berpakaian sukan, seluar pendek hitam serta memakai kasut sukan berwarna hitam.

Laporan rasmi berhubung kehilangan lelaki tersebut telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah pada pagi tadi.

Sehubungan itu, pihak polis menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan atau pernah ternampak lelaki tersebut untuk segera tampil membantu siasatan.

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak