Imigresen siasat Network School di Forest City, 266 warga asing diperiksa

PUTRAJAYA –  Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menjalankan naziran terhadap sebuah komuniti antarabangsa di Forest City, Johor susulan isu operasi Network School dibangkitkan Kerajaan Johor, pada Selasa.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, naziran itu membabitkan pemeriksaan terhadap 266 warga asing dari 40 negara dan hasil siasatan awal mendapati kesemua mereka memiliki dokumen imigresen yang sah berdasarkan rekod semasa.

Bagaimanapun, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut terhadap sebarang perkara yang meragukan atau sekiranya terdapat maklumat baharu berkaitan penyalahgunaan identiti, dokumen perjalanan, kemudahan imigresen atau pelanggaran syarat pas yang dikeluarkan.

Menurut beliau, perkara itu menjadi keutamaan Imigresen bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap syarat kemasukan serta peruntukan Akta Imigresen 1959/63 dan undang-undang berkaitan.

“Hasil semakan awal mendapati kesemua individu yang diperiksa memiliki dokumen imigresen sah berdasarkan rekod semasa. Semakan dan siasatan lanjut sedang diteruskan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap syarat kemasukan serta peruntukan Akta Imigresen 1959/63 dan undang-undang berkaitan.

“Naziran tersebut dilaksanakan bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor serta Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, setiap kemasukan warganegara asing ke Malaysia adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa.

Menurut beliau, pemeriksaan di pintu masuk negara dilaksanakan berdasarkan dokumen perjalanan yang dikemukakan, semakan terhadap pangkalan data berkaitan serta rekod penguatkuasaan yang tersedia pada ketika pemeriksaan dijalankan.

“Imigresen tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang atau penyalahgunaan kemudahan.

“Mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan berdasarkan hasil siasatan dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Sementara itu, Zakaria memaklumkan, Imigresen akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi-agensi berkaitan.

“Ini bagi memastikan setiap aspek yang berada di bawah bidang kuasa masing-masing disemak secara menyeluruh, profesional dan berlandaskan undang-undang demi memelihara keselamatan, kedaulatan dan kepentingan negara,” katanya.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

KEPUTUSAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai tindakan memilih untuk ‘mufarakah’ atau berpisah daripada Perikatan Nasional (PN). Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam