PRK Mahkota: Gementar macam nak ambil SPM, kata pengundi baharu

KLUANG – Proses mengundi tidaklah serumit yang disangka, malah ada yang hanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk selesai, demikian pengalaman yang dikongsi pengundi kali pertama.

Keterujaan jelas terpancar di wajah pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang buat kali pertama mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu hari ini.

Pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Muhammad Zakwan Danial, 18, mengakui sebagai pengundi baharu, beliau agak gementar untuk mengundi, namun dengan bantuan
serta penerangan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di situ membantu melancarkan proses di pusat mengundi.

“Saya datang tadi dalam jam 7.30 pagi. Masa nak datang sini tadi dia punya gementar macam nak ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) namun ibu bapa saya selalu beri nasihat agar saya bertenang, ini perkara biasa yang merupakan tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah proses cepat dan tak tunggu lama sangat dalam 10 minit. Perjalanan proses undi pun lancar, petugas (SPR) juga banyak bantu,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press, hari ini.

Turut berpuas hati dengan proses pengundian ialah Soh Shan meng, 22, yang hanya mengambil masa kira-kira 15 minit daripada mula beratur hingga selesai mengundi.

“Perasaan memang gemuruh sebab pertama kali, tetapi sekarang sudah lega sebab semuanya sudah selesai.

“Proses pengundian yang diuruskan SPR ini sangat teratur dan sistematik, dengan petugas SPR membantu melancarkan lagi perjalanan mengundi,” katanya.

Sementara itu, kakitangan kerajaan, G Raman, 63, mengharapkan agar golongan muda melaksanakan kewajipan
dalam memilih wakil rakyat yang diyakini dapat memberikan khidmat terbaik buat mereka.

“Suasana PRK DUN Mahkota dilihat lebih meriah pada pagi ini berbanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu. Jadi kemungkinan peratusan mengundi kali ini agak tinggi.

“Saya sebagai orang yang sudah mengundi lebih daripada empat kali menyeru agar pengundi baharu khususnya anak muda keluar membuang undi. Kita perlu laksana tanggungjawab dalam memilih pemimpin yang mampu memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat,” katanya.

PRK DUN Mahkota membabitkan seramai 66,318 pemilih terdiri daripada 61,397 pengundi biasa; 4,410 anggota tentera dan pasangan, 401 anggota polis serta 10 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu, dan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Allahyarham yang mewakili BN menang dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 5,166 undi.

Related Posts

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar kes siasatan dipercayai penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion didakwa membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pandangan Marina tidak gugat kempen PH

BATU PAHAT – Pandangan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim mengenai sokongan seorang pemimpin DAP terhadap pengampunan diraja kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

Pandangan Marina tidak gugat kempen PH

Pandangan Marina tidak gugat kempen PH

Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ

Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ