YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

SHAH ALAM – Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) berjaya melaksanakan Program Pra Saringan Murid Prasekolah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melibatkan kesemua 13 prasekolah di bawah pentadbiran JAIS di seluruh negeri, sebagai usaha memperkukuh pengesanan awal murid berkeperluan khas.

YANIS dalam satu kenyataan media menyatakan pra saringan intensif itu membabitkan 56 murid prasekolah berusia lima dan enam tahun dikendalikan pegawai bidang khusus daripada Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

“Sesi pra saringan yang bermula sejak April lalu melibatkan murid yang dikenal pasti oleh guru dan pembantu guru sebagai berdepan kelewatan pembelajaran atau perkembangan.

“Selain penilaian awal, program itu turut disusuli sesi konsultasi bersama pegawai terlibat bagi merangka pelan intervensi awal yang komprehensif sebagai panduan kepada ibu bapa dan guru dalam menyokong perkembangan kanak-kanak,” menurut kenyataan itu..

Menurut yayasan itu, kerjasama strategik tersebut menjadi satu anjakan penting dalam memperkukuh ekosistem pendidikan inklusif di Selangor bagi memastikan tiada kanak-kanak berkeperluan khas tercicir daripada sistem sokongan perkembangan awal.

Program berkenaan turut mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam menjamin setiap kanak-kanak memperoleh hak pendidikan yang sewajarnya menerusi kerjasama erat antara agensi di bawah pentadbiran negeri.

Related Posts

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

PETALING JAYA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan berhubung insiden salah laku membabitkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Rawang yang tular…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

SIBU – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Mowe Nation Festival 2026 pada Sabtu malam. Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis