PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PULAI – Pakatan Harapan (PH) menerima secara terbuka keputusan yang dibuat oleh rakyat di Negeri Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ke-16.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Seri Amirudin Shari  berkata, PH hanya menang lapan daripada semua kerusi yang ditandingi.

Beliau memaklumkan, daripada jumlah itu, enam kerusi dimenangi DAP, satu PKR dan satu dari AMANAH.

“Kita sedang menunggu kepastian satu daripada kerusi DAP, dan dua kerusi daripada PKR. Walaupun dalam keadaan sedikit tertinggal daripada keputusan, lebih baik kita tunggu keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Dengan pelbagai cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh kempen, tetapi kami akur dengan keputusan tersebut memandangkan jentera dan calon dipanggil bertanding dalam keadaan yang belum bersedia sepenuhnya.

“Kita sedari bahawa ada cabaran untuk melaksanakan strategi ini. Ia dipanggil dalam keadaan belum bersedia,” katanya pada sidang media di Pusat Informasi PH, pada Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa; Naib Presiden AMANAH, Dr Hatta Ramli dan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata, PH telah memberikan komitmen yang terbaik dengan menawarkan senarai calon yang hampir lengkap, selain membentangkan manifesto serta beberapa tawaran khusus kepada pengundi Johor.

“Kita akan melakukan post-mortem bagi meneliti semula pendekatan politik mereka.

“Langkah ini termasuklah menganalisis jumlah undi yang diterima, sama ada dari sudut makro mahupun mengikut lokaliti kawasan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kekalahan ini sebagai indikator kepada pilihan raya umum akan datang, Amirudin berkata, PH masih ada masa selain menyifatkan kekalahan pada PRN Johor sebagai kekalahan yang mengejutkan.

“Kita ada setahun lagi, macam-macam perkara boleh berlaku. Cuba ingat balik soalan ini semasa pilihan raya umum dan pilihan raya negeri yang lepas, baru lapan bulan berlalu dan landskap soalan ini dah berubah sepenuhnya.

“Kami tetap positif dan memandang ke hadapan. War room (bilik gerakan) dan jentera kami perlu balik dan kenal pasti apa kesilapan serta isu-isu lain yang perlu kita tonjolkan.

“Ini termasuk menyusun semula strategi pendekatan kita kepada pengundi,” tambah beliau.

PRN Johor ke-16 menyaksikan Barisan Nasional menang 49 kerusi daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

Secara keseluruhan, seramai 2.73 juta pengundi layak mengundi pada PRN Johor yang diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1 Jun lalu.

PRN Johor kali ini menyaksikan saingan melibatkan BN, PH, Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Orang Asli Malaysia (Asli) serta calon Bebas.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

JOHOR BAHRU –  Barisan Nasional (BN) memenangi 29 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, sekaligus memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri. Pengerusi Suruhanjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor