11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya mematuhi tempoh berkempen yang berakhir pada jam 11.59 malam ini dengan menghentikan segala bentuk aktiviti kempen.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, selepas tamat tempoh berkempen, tiada lagi sebarang aktiviti meraih sokongan dibenarkan termasuk secara bersemuka atau melalui platform media sosial seperti Facebook, X, Instagram, TikTok, Threads dan saluran lain.

“SPR turut mengingatkan bahawa semua parti atau calon bertanding adalah dilarang untuk membuka, membina atau menyelenggara barung pada hari mengundi kerana perkara terbabit adalah satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pengundi juga diingatkan supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika berada di saluran mengundi dan notis larangan akan dipamerkan di kawasan berkenaan sebagai panduan.

“Pengundi yang membawa telefon bimbit ke tempat mengundi perlu meletakkan telefon bimbit di tempat yang telah disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi,” katanya.

Khairul Shahril turut menggesa pengundi supaya tidak menangguhkan masa untuk hadir mengundi dan digalakkan mengikuti cadangan waktu yang dipaparkan menerusi aplikasi MySPR Semak.

“Walau bagaimanapun, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari jam 8 pagi hingga 6 petang atau mengikut waktu pusat mengundi diwartakan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengundi supaya membawa kad pengenalan ketika hadir ke pusat mengundi serta membuat semakan awal maklumat pengundian bagi melancarkan proses pengundian.

“Pengundi diingatkan supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain daripada petugas pilihan raya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau mengingatkan majikan supaya memberikan tempoh yang munasabah kepada pekerja yang berdaftar sebagai pengundi bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian, seperti diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

SPR turut melaksanakan semakan akhir terhadap semua kelengkapan pilihan raya termasuk peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi dan petak mengundi sebelum diserahkan kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM) di setiap saluran.

Langkah itu diambil bagi memastikan semua peralatan berada dalam keadaan sempurna sekali gus menjamin kelancaran proses pengundian pada PRN Johor, esok.

Related Posts

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja

ALOR SETAR – Seorang bekas pemain bola sepak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar 72 kilogram (kg) dadah jenis kanabis, bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Faiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja