Datang Kluang rugi tak rasa Kopi Kluang Cap Televisyen

Oleh: Johari Osman, Yaya Amir

SIAPA sangka minuman kopi yang hanya diminum untuk keluarga dan rakan taulan boleh menjadi satu perniagaan serta membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Semuanya bermula 58 tahun yang lalu di Kampung Batu 3 Jalan Mersing, Kluang, apabila Goh Ah Kow membuka warung kopi secara kecil-kecilan.

Menurut anaknya, Goh Kim Ho, 62, ketika itu bapanya hanya menjalankan perniagaan warung kopi sebagai punca pendapatan menyara keluarga.

Menceritakan lanjut, Kim Ho berkata, pada mulanya minuman kopi hanya dihidangkan kepada keluarga dan rakan taulan yang berkunjung ke rumahnya untuk menonton televisyen.

“Ketika zaman itu tidak semua rumah mampu mempunyai televisyen. Jadi rumah yang ada televisyen jenis kotak yang ada pintu tu akan menjadi tumpuan.

“Dan tetamu yang datang akan diberi minum kopi sambil menonton televisyen. Ramai yang memuji dan kesedapan air kopi resipi bapa saya, dari situ dia dapat ilham untuk membuka warung kopi dan buat serbuk kopi untuk jual sekitar kampung,” katanya.

Kim Ho, berdiri paling kanan.

Menurut Kim Ho, nama Kopi Kluang Cap Televisyen diambil sempena bagaimana cetusan ilham bapa dia memulakan perniagaan kopi tersebut.

Lama kelamaan, kelazatan Kopi Kluang Cap Televisyen menjadi buah mulut penduduk Kluang bahkan turut menggamit penduduk luar untuk merasai keunikan kopi itu.

“Bapa saya dah lama meninggal dunia lebih 10 tahun, dia yang mengasas perniagaan kopi ini dan sekarang saya bersama adik beradik, sanak saudara meneruskan perniagaan yang dimulakan pada tahun 1966 ini,” katanya.

Kini, sekiranya sampai ke bandar Kluang, pasti ramai akan dapat melihat sebuah kilang kopi lengkap dengan kafe tersergam di Jalan Besar.

“Kami telah beroperasi di kilang ini sudah lebih 20 tahun, ada 60 orang pekerja dan memiliki banyak produk berasaskan kopi,” katanya yang menjelaskan resipi bapanya menggunakan tiga jenis kopi disatukan menjadi minuman kopi yang lazat.

Bagi pelanggan tetap Kopi Kluang Cap Televisyen, Juriah Hashim atau lebih mesra di sapa sebagai Mak Ju berkata telah mengenali kopi ini selama 20 tahun.

Dia yang datang berkunjung bersama keluarga turut menyukai keenakan kopi tersebut dan memilih kopi susu sebagai menu pilihan setiap kali berkunjung ke sini.

Menariknya, kongsi Mak Ju, kopi ini juga menjadi kopi wajib pilihan pelanggan di kedai milik anaknya yang berniaga.

“Lebih 20 tahun lalu, ketika itu tahu saja ada Kopi Kluang Cap Televisyen. Rasa kopi ni berbeza dengan kopi lain. Dari luar kedai saja dah dapat bau lazatnya kopi.

“Anak saya berniaga pun suka beli stok kopi di sini. Pelanggan semua tercari-cari kopi itu, mereka pun tahulah itu kopi Televisyen.

“Anak saya, kadang kala balik bila stok kopi habis dua minggu sekali kami selalu minum di sini,” katanya kepada TMP.

Seorang lagi pelanggan veteran, Chew Choi Siah, 84, juga telah menikmati kopi ini sejak awal kewujudannya, lebih 50 tahun berkata tarikan utama adalah terdapat kepelbagaian rangkaian produk yang dikeluarkan.

Choi Siah berkata, keunikan kopi ini juga menjadi pilihan bersama keluarga dan rakan-rakan ketika berkunjung di Kluang.

“Saya suka Kopi Televisyen ini sebab senang nak minum (terdapat pelbagai pilihan produk). Kopi ini bagus. Saya mula minum kopi ini daripada usia muda sudah lebih 50 tahun dan saya selalu bawa juga keluarga, kawan ke sini.

“Rasa berbeza dan saya suka aroma kopinya yang menarik,” katanya.

Related Posts

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

KUALA LUMPUR – Pengeluar komponen automotif tempatan, terutama pengilang bahagian kritikal, digesa meneroka peluang dalam teknologi robot humanoid sebagai langkah seterusnya untuk meningkatkan keupayaan industri ke tahap lebih tinggi. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX dijangka ambil kira pahit getir ditanggung M40 menerusi Belanjawan 2027

PUTRAJAYA – Golongan M40 dijangka mempengaruhi keutamaan perbelanjaan kerajaan dalam Belanjawan 2027 pada Oktober depan, dalam membantu golongan itu yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup bandar, komitmen hutang serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Kakanda Sultan Pahang mangkat

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

Songkhla, Satun mungkin jadi sasaran baharu kumpulan bersenjata

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

AI, bakat digital pacu Selangor tarik pelaburan bernilai tinggi – Amirudin

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api

  • By Fatin
  • August 27, 2026
70 lot kedai ‘bundle’ musnah dijilat api