Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

MARAN – Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM450 juta bagi membiayai kerja membaik pulih dan pembinaan rumah baharu bagi petugas FELDA di tanah rancangan di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyediaan kediaman yang lebih selesa kepada petugas FELDA penting bagi memastikan kebajikan mereka terus terpelihara, sekali gus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada warga peneroka.

“Saya umumkan peruntukan besar berjumlah RM450 juta untuk membiayai baik pulih dan bina rumah baharu rumah petugas FELDA di tanah rancangan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Peneroka FELDA dan 70 Tahun FELDA di Stadium Tun Abdul Razak, Bandar Pusat Jengka, Maran, hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan tambahan RM20 juta bagi Projek Sentuhan Kasih FELDA untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan generasi baharu FELDA.

Beliau berkata, peruntukan itu akan digunakan bagi melaksanakan dua projek di Laka Selatan, Kedah yang melibatkan 86 unit rumah dan Palong, Negeri Sembilan (16 unit).

“Untuk kebajikan dan kesejahteraan generasi baharu FELDA, saya luluskan tambahan RM20 juta bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut memaklumkan kerajaan akan meminda Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 bagi membolehkan lebih daripada sebuah rumah dibina di atas satu lot kediaman di tanah rancangan FELDA.

Beliau berkata, pindaan itu merupakan antara lima inisiatif strategik kerajaan bagi menyelesaikan isu perumahan generasi baharu Felda yang telah berlarutan sekian lama.

“Saya telah mengarahkan FELDA menyiapkan draf pindaan itu dalam tempoh dua bulan untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum dibawa ke Parlimen tahun ini juga,” ujar Anwar.

Related Posts

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

JOHOR BAHRU – Sebarang tindakan terhadap wartawan dan organisasi media berdaftar perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Media Malaysia (MMM) sebelum siasatan atau tindakan lanjut diambil, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti dakwaan pengusaha stesen minyak mengalami kerugian ketika tempoh peralihan pelaksanaan penambahbaikan subsidi bahan api, termasuk mendapatkan maklumat lanjut daripada syarikat minyak berkaitan. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0