Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

BATU PAHAT – Kira-kira 200 nelayan persisir pantai Orang Asli (OA) Kampung Sri Pantai terus berdepan isu pencerobohan bot pukat tunda di zon yang digazetkan kepada kumpulan itu sehingga menjejaskan sumber perikanan di kawasan berkenaaan.

Penceroboh bot pukat tunda itu bukan sahaja mengaut hasil laut di zon perikanan nelayan tradisional (Zon A) hingga menjejaskan pendapatan nelayan susulan kegiatan berkenaan telah mengurangkan hasil tangkapan secara drastik, menyebabkan kawasan yang dahulunya banyak ikan, kini seolah-olah tiada hidupan.

Nelayan Orang Asli (OA) Kampung Sri Pantai, Zaini Kamal, 44, mendakwa bot pukat tunda berkenaan semakin berani memasuki kawasan cetek berhampiran pantai walaupun kawasan itu jelas menjadi zon larangan yang menjadi kawasan pembiakan ikan dan sumber utama nelayan tradisional.

Lebih mengecewakan, katanya, masalah itu sudah lama berlaku dan nelayan terjejas telah mengadu kepada pihak berkuasa namun tidak ada tindakan berkesan yang diambil sehingga kini.

“Kalau ikutkan hati saya itu saya cakap, negara ada undang- undang kalau tak ada undang, tahulah saya nak ajarkan apa tapi bila kita cakap, kita dah makin panas saya cuba kejar, dah rembat dengan batu pula memang pecah, saya senang je saya potong jer (pukat tunda) itu sahaja cara dia.

“Kita boleh buat apa, kalau laporan kepada pihak berkuasa pun tidak jalan jadi kita ambil keputusan kacau pukat (tunda) walaupun kita pun takut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kacau kita tapi mereka tarik pukat sampai ke tepi, itu dah rosakkan, bunuh ekosistem persisiran pantai,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Zaini memaklumkan, pihaknya bimbang sekiranya kejadian ini gagal ditangani dengan berkesan oleh pihak berkaitan, kemungkinan mata pencarian nelayan di sini akan terputus sepenuhnya.

Beliau yang merupakan bekas anggota tentera berkata, hasil tangkapan kini merosot dengan ketara apabila spesies hasil laut bernilai tinggi di persisiran pantai hampir tidak lagi diperoleh sejak kira-kira tiga bulan lalu.

“Kalau mereka tarik pukat di tengah laut, kami boleh terima. Ini mereka masuk sampai kawasan cetek. Habis semua disapu. Anak ikan habis, dasar laut rosak, ekosistem pun musnah.

“Dulu setiap bulan kami masih boleh turun empat atau lima kali dan ada hasil. Sekarang ikan bawal macam hilang terus. Tinggal udang saja, itu pun tidak seberapa,” katanya.

Tambahnya, ramai nelayan sebenarnya mahu tampil membuat laporan, namun bimbang kerana percaya aduan mereka tidak akan membawa sebarang tindakan selain dikhuatiri menimbulkan masalah kepada diri sendiri.

“Kami bukan minta lebih. Kami cuma mahu undang-undang dikuatkuasakan. Kalau bot pukat tunda terus dibiarkan masuk, lama-kelamaan nelayan kecil di sini memang akan mati punca rezeki,” katanya.

Sementara itu, seorang nelayan yang dikenali sebagai Rashid Malik, 43 berkata, berdasarkan pengetahuannya mengenai peraturan perairan, bot pukat tunda sepatutnya beroperasi jauh dari kawasan pantai, namun pencerobohan masih berlaku tanpa kawalan berkesan.

Keadaan itu, katanya, menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan nelayan kecil yang kini berdepan risiko kehilangan sumber pendapatan utama sekiranya aktiviti pencerobohan terus dibiarkan tanpa pemantauan lebih ketat.

“Sebelum ini, nelayan memperolehi pendapatan lebih RM200 setiap kali turun ke laut tetapi sekarang hanya mendapat antara RM30 hingga RM40 sahaja.

“Sehingga kini masih tiada tindakan berkesan diambil pihak berkuasa walaupun ia sudah lama berlaku malah kami bimbang berlaku kebocoran maklumat pengadu susulan setiap kali aduan dibuat, nelayan yang menjalankan aktiviti haram itu menghentikan operasi mereka dengan serta-merta,” katanya.

Mengikut Pekeliling 2014, pengusaha vesel pukat tunda yang menceroboh kawasan perairan nelayan tradisional (Zon A) boleh dikenakan hukuman berat dengan menggantung lesen sehingga setahun dan lesen tidak boleh dipindah milik selama lima tahun serta kompaun sehingga RM12,000.

Related Posts

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu

BINTULU – Sebuah bot tunda bersama enam kru ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Bintulu selepas disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 di perairan Bintulu, pada Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

KUCHING – Kelab Anak Asal Bukit Saban (KAABS) Cultural Night 2026 menjadi platform penting dalam menyatukan belia Bukit Saban yang menetap di Kuching, selain memperkukuh silaturahim, memupuk semangat kekitaan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu

Gempar, pelajar perempuan cedera ditikam 16 kali di sekolah

  • By Aden
  • July 6, 2026
Gempar, pelajar perempuan cedera ditikam 16  kali di sekolah

Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico