‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan prestasi pentadbiran dan pelaksanaan dasar yang memberi kesan langsung kepada rakyat.

Hasil tinjauan The Malaysia Press (TMP) di DUN Senggarang menyatakan sokongan agar Anwar terus dikekalkan sebagai Perdana Menteri susulan melihat usaha kerajaan memulihkan ekonomi, memperkenalkan bantuan bersasar serta meningkatkan keyakinan terhadap negara.

Pembantu jurukur, Muhammad Naqib Marlap, 28 berkata, kepimpinan Anwar wajar dinilai berdasarkan prestasi pentadbiran, bukannya sentimen kepartian yang masih menebal dalam kalangan sebahagian pengundi di Johor.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan, sudah tiba masanya masyarakat mengubah pendekatan menilai sesuatu kerajaan berdasarkan pencapaian dan pelaksanaan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat, bukannya semata-mata dipengaruhi sentimen politik yang diwarisi sejak sekian lama.

“Sentimen di Johor ini ibarat kalau potong tangan itu darah Barisan Nasional (BN) sebab itu kekuatan itu kuat kerana dari kecil lagi sudah dibesarkan dengam suasana UMNO dan BN.

“Jadi dia akan anggap walaupun Anwar buat lebih baik daripada Najib, dia tak akan bagi peluang. Walaupun agak sukar sedikit namun PH ada potensi.

“Bagi saya, kalau bagi perubahan tu, kita boleh bagi perubahan ke Pakatan Harapan (PH). Sebab kita tengok juga macam Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang, pentadbiran PH bagus serta boleh buat kerja,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Tambahnya, kritikan yang masih dilemparkan terhadap kerajaan lebih banyak dipengaruhi sentimen politik kerana terdapat penyokong parti tertentu yang enggan mengiktiraf pencapaian kerajaan walaupun pelbagai inisiatif sudah dilaksanakan.

“Bagi saya, itu lumrah politik. Ada yang sudah nampak apa yang dibuat kerajaan di depan mata, tetapi disebabkan terlalu taksub kepada parti masing-masing, mereka tetap tidak mahu menerima perkara yang baik,” katanya.

Sementara itu, seorang pengundi orang kurang upaya (OKU) DUN Senggarang, Zain Atam, 55 turut berpandangan, pelbagai inisiatif diperkenalkan kerajaan dalam meringankan beban hidup golongan rentan adalah bukti Anwar perlu terus diberikan mandaf menerajui negara.

Anak jati Taman Sri Senggarang itu memaklumkan, bantuan itu membuktikan kerajaan tidak meminggirkan golongan OKU dan masyarakat yang benar-benar memerlukan, malah berharap inisiatif berkenaan diteruskan pada masa hadapan.

“Sebagai orang biasa, saya sendiri merasai manfaat STR dan SARA. Bantuan itu banyak membantu kami membeli keperluan asas dan mengurangkan beban perbelanjaan harian.

“Sebab itu saya berharap kerajaan meneruskan bantuan seperti ini kerana manfaatnya benar-benar sampai kepada orang macam saya di samping rakyat yang benar memerlukan. Kerajaan MADANI memang terbaik,” katanya.

Zain berkata, kerajaan pimpinan Anwar merupakan kerajaan yang mendalami permasalahan rakyat di bawah dengan berani melaksana dasar kurang popular bagi memastikan bantuan kerajaan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak.

Menurutnya, pendekatan itu bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah dan OKU, malah mampu mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam jangka panjang.

“Kalau subsidi diberi kepada semua tanpa mengira kemampuan, akhirnya negara juga akan menanggung beban. Bila bantuan disasarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, lebih ramai rakyat dapat dibantu.

“Golongan seperti saya, warga emas, OKU dan keluarga berpendapatan rendah lebih memerlukan bantuan itu berbanding mereka yang benar-benar berkemampuan.

“Saya berharap beliau terus diberi mandat pada pilihan raya akan datang. Selagi dasar yang dilaksanakan memberi manfaat kepada rakyat dan membantu golongan memerlukan, saya percaya usaha itu wajar diteruskan,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan