Anak rentung dalam tandas, ibu parah melecur dalam kebakaran

SERIAN – Seorang wanita ditemukan rentung manakala ibunya mengalami melecur tahap dua selepas kediaman mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Tubih Batu Raung, Jalan Tebedu pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mayat Nurul Farhana Amerudin, 37, ditemui di dalam ruangan tandas rumah berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, ibu mangsa, Sharifah Bok Wan Muhsin, 65, pula dilaporkan mengalami kecederaan melecur 38 peratus di bahagian muka, leher, belakang badan, tangan serta tapak kaki.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis struktur kekal satu tingkat berkeluasan 48×70 kaki persegi yang telah musnah 100 peratus.

“Mangsa wanita warga emas yang cedera dihantar oleh penduduk kampung ke Hospital Serian bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum jentera bomba tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. 

Menurut beliau, pihaknya menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dengan bantuan BBP Siburan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 12.29 tengah malam.

“Mayat mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut selepas disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Dalam pada itu, punca sebenar insiden serta anggaran jumlah kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan unit forensik kebakaran JBPM.

Related Posts

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

IPOH – Taktik licik satu sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menyamar sebagai petugas kebajikan akhirnya tumpas apabila tiga sekeluarga diberkas polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Semenyih,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

SHAH ALAM – Permohonan pembiayaan tanpa kadar keuntungan menerusi inisiatif DANA Pantas di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 akan dibuka mulai Ogos ini dengan peruntukan keseluruhan RM20…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah