Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

KUALA LUMPUR – Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) yang baru dilaksanakan menunjukkan impak positif apabila Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyalurkan lebih RM1.2 juta faedah kepada pencarum dalam tempoh hanya sebulan.

Perkeso memaklumkan sebanyak 592 permohonan diterima sejak skim itu berkuat kuasa, dengan purata hampir 20 kes dilaporkan setiap hari melibatkan kemalangan di luar waktu bekerja.

“Daripada jumlah keseluruhan bayaran, kos implan mencatat pembayaran tertinggi sebanyak RM1.16 juta, manakala Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) berjumlah RM99,269.

“Lindung 24 Jam membawa perubahan besar kepada sistem perlindungan sosial negara kerana pencarum kini turut dilindungi daripada kemalangan yang berlaku ketika berada di rumah atau di luar waktu bekerja, berbeza dengan perlindungan sebelum ini yang lebih tertumpu kepada insiden di tempat kerja atau ketika perjalanan pergi dan pulang bekerja,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Perkeso turut menjelaskan bahawa semua pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) menikmati perlindungan itu secara automatik walaupun potongan caruman khusus bagi skim berkenaan masih belum dilaksanakan.

Selain bayaran hilang upaya sementara, skim tersebut turut menyediakan pelbagai manfaat lain termasuk kos rawatan dan pembedahan, kos implan, Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK), Faedah Orang Tanggungan (FOT), Elaun Layanan Sentiasa (ELS) serta kemudahan pemulihan di pusat rehabilitasi Perkeso.

Perkeso berkata, pihaknya akan terus memperhebat usaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai Lindung 24 Jam bagi memastikan lebih ramai pekerja memahami hak mereka dan menikmati perlindungan keselamatan sosial yang lebih komprehensif.

Related Posts

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keberanian untuk berdialog dan mempertahankan pandangan berasaskan fakta mencerminkan kematangan sesebuah masyarakat dalam mendepani perbezaan pendapat. Beliau berkata, budaya dialog…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi di Johor supaya membuat pilihan yang tepat dengan memilih barisan kepimpinan negeri yang berintegriti, berwibawa dan komited memperjuangkan kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng