Sepanyol mudah atasi Austria 3-0, mara ke pusingan 16 terbaik

SEPANYOL mempamerkan penguasaan penuh apabila menewaskan Austria 3-0 dalam aksi pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 di Stadium Los Angeles, awal pagi tadi, sekali gus melangkah ke pusingan 16 terbaik dengan bergaya.

Juara Eropah itu tidak berdepan banyak masalah mengawal permainan sejak awal perlawanan apabila mendominasi penguasaan bola dan terus menekan benteng Austria yang serba tidak menjadi.

Sepanyol membuka jaringan pada minit ke-36 menerusi Mikel Oyarzabal yang menyudahkan hantaran cantik Marc Cucurella hasil gerakan kemas di sebelah kiri.

Sebelum itu, Austria beberapa kali cuba bertahan dengan disiplin tinggi, namun gagal mengekang asakan bertali arus pasukan lawan diketuai pemain tengah muda berbakat, Lamine Yamal dan Pedri.

Ketika perlawanan hampir tamat, Sepanyol melengkapkan kemenangan bergaya menerusi gol kedua Oyarzabal pada minit ke-89 selepas menerima hantaran Cucurella dalam kotak penalti.

Kemenangan itu menyaksikan Sepanyol kini menanti pemenang antara Portugal atau Croatia bagi aksi pusingan 16 terbaik.

Related Posts

Portugal mara ke pusingan 16, kalahkan Croatia 2-1

CRISTIANO Ronaldo sekali lagi menjadi watak penting memastikan Portugal mara ke pusingan 16 Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Croatia 2-1 dalam aksi pusingan 32 terbaik yang berlangsung sengit hingga minit…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kane sumbat 2 gol, England mara ke pusingan 16 terakhir

KAPTEN England, Harry Kane, muncul wira apabila meledak dua gol untuk membantu pasukannya bangkit menewaskan Republik Demokratik (DR) Congo 2-1 sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

Portugal mara ke pusingan 16, kalahkan Croatia 2-1

Portugal mara ke pusingan 16, kalahkan Croatia 2-1

Onn Abu Bakar diharap jadi pemangkin kemajuan pertanian DUN Senggarang

Onn Abu Bakar diharap jadi pemangkin kemajuan pertanian DUN Senggarang