PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

MUAR – Pengundi khususnya anak muda yang berada di luar negeri termasuk di Singapura, digesa pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 11 Julai ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setiap ahli keluarga di Johor perlu memainkan peranan supaya ahli keluarga tidak melepaskan peluang menentukan masa depan Johor bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Kita mesti panggil anak-anak kita yang berada di luar untuk balik mengundi. Panggil anak-anak, sepupu dan saudara-mara kita yang mungkin bekerja di Singapura, Kuala Lumpur atau Pulau Pinang.

“Pilihan raya ini sangat penting kerana kita mahu kerajaan negeri yang baik dan boleh bekerjasama dengan Perdana Menteri,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal, pada Khamis.

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PH berkata, beliau turut membaca pelbagai komen di media sosial yang mendakwa tarikh pengundian 11 Julai dipilih sehingga menyukarkan khususnya anak muda pulang mengundi.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa negara juga pernah melalui pengalaman pilihan raya yang diadakan pada hari bekerja.


“Saya telah membaca komen-komen yang mengatakan seolah-olah sengaja dipilih tarikh 11 Julai seolah-olah ia tengah bulan (menyebabkan) anak muda sukar balik.

“Tetapi saya ingat satu ketika dahulu ada pihak yang memilih hari Rabu. Jadi tidak mustahil sikap yang pernah kita saksikan dulu mulai muncul kembali,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa para pengundi supaya tidak menjadikan perkara berkenaan sebagai alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan negeri.

“Bagi para pengundi, fikirlah dengan mendalam kenapa SPR memilih tarikh itu.
“Saya menggesa anak-anak muda ketepikan rasa risau dan rasa takut. Ambil tahu kerana pilihan raya ini akan menetapkan hala tuju pembangunan negeri bagi lima tahun akan datang,” katanya.

Menurut Fahmi, beliau percaya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan meneruskan usaha menggalakkan pengundi luar pulang mengundi sebagaimana dilakukan pada pilihan raya sebelum ini.

“Sebelum-sebelum ini kita nampak gerakan di kalangan NGO untuk meningkatkan kesedaran pengundi-pengundi luar supaya balik mengundi.

“Jadi saya percaya usaha ini akan diteruskan,” katanya.

Related Posts

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

MUAR – Pengundi diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan taktik sabotaj digital berikutan terdapat cubaan mewujudkan akaun palsu menggunakan wajah calon untuk menyebarkan fitnah sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

MUAR – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik dipelawa untuk mengadakan dialog secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV1 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Malaysia bantah dwistandard Barat dalam pematuhan undang-undang antarabangsa

Malaysia bantah dwistandard Barat dalam pematuhan undang-undang antarabangsa

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara